Sunday, February 28

salahkan mereka

Akal, hati, serta anggota badan aku tak berfungsi dengan seiring.

Akal waras aku menyatakan ; siapkan Business Plan!

Hati aku menjerit ; keluarkan apa yang sedang bermain dalam fikiran kau sekarang!

Tangan aku secara jelasnya mematuhi arahan hati aku.

Perut aku memulas menunggu masa untuk mengeluarkan hasil hadamannya dari pagi tadi.

Mata aku, mahu tak mahu terpaksa menghadap butiran kata-kata yang terhasil dari ketukan tangan aku ke papan kekunci di atas komputer ribaku.

Telinga aku sedang asyik mendengar dendangan Michael Buble menyampaikan balada indah Sway.

Mulutku gairah menjamah kuku.

Kepala ku ligat memerah segala apa yang terkandung di dalamnya supaya ia segera kering dan boleh di isi dengan perkara yang lebih menuntut untuk di fikir.

Lihat? banyak perkara perlu di nilai semula jika Business Plan ini tidak siap tepat pada tarikh tamatnya.

Jangan hanya salahkan aku!

pelik yang tidak diketahui kebenarannya


Aku memang pandai senaraikan semua kerja yang aku kena hantar, lengkap dengan deadline mereka. Senaraikan semua ujian ceharam yang aku kena hadap.Malahan aku juga pandai memotivasikan diri aku dengan kata-kata semangat setelah aku senaraikan semua yang tesebut.

Tetapi! Apa yang aku tidak pandai adalah, untuk menyiapkan kerja tersebut dalam lingkungan masa yang diberi. Aku tidak tahu bagaimana untuk bersedia menghadap ujian-ujian yang bakal menentukan masa depan aku kelak.

Kenapa mereka tak ajar benda yang aku tak tahu ni kat sini? Atau, sepatutnya aku sudah tahu macam mana nak menyelesaikannya memandangkan ini dah nak hampir dua dekad aku melalui benda ni?

Pelik kerana aku masih tak tahu macam mana nak hadapi ini semua. Ah, mungkin tak berapa pelik kerana sedangkan hati aku yang pada azalinya sudah dua dekad, 3 tahun, 11 purnama, kepunyaan aku pun aku masih sukar memahaminya, inikan pula benda yang belum sampai dua dekad aku ketahui. Jadi, ini normal bukan?

Friday, February 26

saya punya

buat orang di negeri jingga (OC)


Sejahterakah kau sekarang? Sungguh aku mahu tahu! Persahabatan kita mungkin tak seutuh isi dan kuku, mahupun segagah aur dan tebing. Tapi itu bukan alasan mengekang aku dari bimbang tentang keadaan kau. Kerana? Ya, mungkin kau kawan aku. Jadi, aku perlu ambil tahu, perlu ambil kisah, dan perlu peduli. Tapi, alasan aku lebih besar dari itu. Sebab kau yang aku kenal tidak seperti mana yang kau luahkan itu. Tapi, aku mengerti memahami, mendalami yang manusia itu jika tak mengalami situasi seperti itu, hidup mereka adalah sehelai kertas putih yang apabila di tenung lama bakal memualkan. Maksudnya, hidup kita tak membosankan! *sep*

Aku tak mengenali kau sedalam mana. Tapi, kau yang aku kenali setakat ini nampak sukar di gugah dalam apa jua keadaan dan situasi. Ini bukan omongan sifar. Jika kau rasa apa yang aku repekan ini menambahkan beban, berhenti di sini. Dan kau juga pasti jelas mengapa aku menulis di sini. Kerana bimbangkan kau, kerana kasihkan kau.

Aku pasti dari melihat tajuk tulisan ini, kau yakin ia khas buat kau. Walau aku tidak di sana mendengar ratap tangis kau, tidak juga kita pernah berbual mesra melepaskan segala yang menghimpit dada, tak bermakna aku tidak ambil pusing. Seperti kata kau, hanya DIA yang bisa membantu. Disaat semua memekakkan telinga, mebutakan mata, mengeraskan hati dari mendengar luahan kita, yakinlah dengan yakin yang kukuh dan kejab, DIA mengetahui dengan lebih arif apa yang kau lalui tanpa kau luahkannya.

Hanya cara ini sahaja dapat memujuk aku hati aku dari terlau risau tentang kau. Kebelakangan ini, aku lihat kau terhibur dengan mainan kata aku. Kerana itu yang ini khas buat kau. Walau ia tidak seindah tulisan agung, dan mungkin juga ia tak langsung memberi sezarah kesan dalam hidup kau. Aku masih berpuas hati.

Thursday, February 25

si penerima hati


Mane kau bodoh! Aku datang kelas dengan harapan yang lebih melampai dari hujung kayu bendera yang paling tinggi tercacak di puncak Everest untuk melihat kau bersama hati aku. Kau pulak tak datang! Si polan polan polan yang bersama kau aku lihat ada. Kau tidak!

Kenapa kau suka-suka ambil hati aku? Ye lah aku bagi kau tanpa pikir panjang dan tanpa segan silu. Tapi, sekurang-kurangya, kau bagi lah aku tengok hati aku tu. Aku rindu kot dekat hati aku. Tapi, rindu lagi dekat kau. Bodoh! Oh, Mungkin sebab kau tak tahu lagi hati aku ada pada kau! Aku lah bodoh!

Wednesday, February 24

23 tahun yang lepas.

Ini cerita dua dekad yang lampau. Pada tanggal ini, 24 Febuari tahun 1987 lahir seorang manusia yang aku tak tahu pada asalnya dia akan menjadi sebahagian dari hidup aku. Kami berjumpa seawal umur kami sama-sama mencecah 16 tahun. Tapi pada masa itu aku tak berahi untuk mengenalinya. Entah kenapa, mungkin kami berlainan kelas, berlainan bilik, berlainan persatuan dan apa yang sama-sama kami guna hanyalah bilik air dan berkongsi jalan untuk ke kelas. Hanya itu. Tetapi bila kami sama-sama meninggalkan Madarasah yang penuh memoir itu, aku mula mengenali dia. Tetapi hanya sekadar lebih mengenalinya dari sebelum ini, bukan mengenali seluruh jiwa raga nya seperti sekarang.

Hubungan kami mula menampakkan akar yang kukuh bila berakhirnya hubungan aku dan seseorang yang juga pernah menjadi sebahagian dari hidupnya.Kompleks, ya, sangat kompleks sejarah persahabatan kami. Tapi itu semua sudah lapuk di bawa angin kus kus yang bertiup jauh ke negeri di bawah bayu. Apa yang penting sekarang. Hubungan kami pernah di cemari virus-virus cemburu dan parasit-parasit salah faham. Tetapi kerana dia banyak bersabar, segala anasir jahat itu hancur menjadi debu lalu berterbangan bersama-sama burung rajawali yang jarang-jarang turun ke bumi.

Walau di pisah oleh geografi, aku tetap mengetahui apa yang di laluinya dari hari ke hari. Begitu juga dia. Dan terima kasih yang tak terhingga aku kepada Alexender Grahambell kerana mencipta teknologi yang membolehkan kami berkongsi kisah manis, masam, suram, dan kusam. Dan mungkin pada hari ini bakal lahir seseorang seperti dia dan menjadi sebahagian dari hidup orang lain pula. Aku tak tahu percaturan dunia. Tetapi ia tidak mustahil. Aku tujukan cerita ini buat kau. Semoga segala apa yang kita sama-sama harapkan, serta impikan menjadi kenyataan. Semoga dengan bertambahnya umur kau, bertambah matang juga usia persahabatan kita. Dan kau itu adalah Nur Filzah Hani Muhammad. Ah, mungkin kau sudah tahu itu! Selamat Ulang Tahun!

Thursday, February 11

nak pegi sini


hah! selama ni aku hesitate same ada nak balik sabtu ke jumaat. today, finally, i have made up my mind!!! sebab aku tesempak ngan blog ni dan aku tahu menda ni. jadi...wajib la kita pegi kan. mari!! sae nak ikut.kepada Bedah yang dok terceruk kat umah tue, kalo ko nak ikut aku, ko cakap kat Papa ko, nanti kita balik ngan mak mak nak g S.ALAM sabtu ni, aku tuggu kat KL, kalo ko nak ikut la, kalo tak ko terceruk je la kat umah ko yang bosan tue. hahaha

same name diversify character

.....ngaaaaaaaaaaah! SUMPAh aku benci people who judge.

"YA ALLAH jauhkanlah aku dari sifat macam tue." huuuuu aku macam dah terikut2. selama ni benda tue hanya bermain dalam pale aku, imaginasi aku, dunia aku je. and it was rated under a list of "The words that u shud NEVA EVA blurt it out in front of ppl" but then bila kawan dengan die neh.huuuuuuuuu. sebab tu la ada hadis yang aku ingat2 lupe ni kata, kalo nak tengok diri kita, tengok kawan2 kita! oK, AKU ADA KAWAN YANG MEMANG BEST GILE SPORTING SEKEPALA DAN SEBAGAINYA. ye lah tapi tak setiap masa kita akan lucky and get to know the same kind of human kind kan. this is what we call EXPERIENCE. and in account of that EXPERIENCE word, i'm holding back and still lagi melayan je karenah kawan2 kat sini. baik.

and i always wonder why why why people with the same exact name and meaning(obviously la kan kalo dah nama same maksud nye sepatutnya sama) has a total perfect contrary in their action and behaviour. then i was like, ahhh..this is what we called LIFE. and in account of that too, i'm taking everthing that life has to offer me.

oh!semalam!semalam! dan semalam!(@___@). hahaha ape yang lebih bahagia than having people(s) that u stalk lining up in front of u! and...........the not so bahagia part is that, they're not lining up for you. tapi untuk withdraw duit kat ATM. dan kebetulan pulak aku ada kat situ tengah buat keje. dan yang lebih kelakar lagi diorang beratur same-same. dan yang lebih kelakar sehingga membuatkan aku tergelak sorang2 mase tengah gosok gigi pagi tadi, adalah dua2 tue penah(and yang sorang tue still jadi background desktop aku) jadi desktop background aku dan dua2 tue ada aku ada simpan gambar diorang dalam laptop aku. hahaha gila tak gila aku nih! haha dan ape yang lebih extreme kelakar adalah both of them have no idea on what's going on!dan dengan massive nye aku telah men SCAN diorang dengan mata aku yang ala2 CUTTING EDGE SCANNER nih hahahaha. gilos ko ni Kema.

p/s; ye la2 aku tak baca dah blog ko pasni.tulis la ape ko nak eh.tapi bile leh jadi sebahagian dari post ko aku bangge weh. bukan satu dua, banyak lak tue, at least aku tak tulis pasal ko satu post, takat dua tiga line je layak tok ko.ops! sorry for the rudeness.nways, gud luck in your life.

till then,

Tuesday, February 9

and the crappiest day of my life goes to.....


yes TODAY!

aku cakap benda yang betul kot, ko plak bleh kate aku jeles, kejadahnya aku nak jeles kat orang yang tido.nak2 lepas asar. ko tak nah dengar eh? " cukup pat ploh ari ko tido lepas asar akan dengan izin ALLAH ko mewarisi penyakit gila" tak nah la kot... kalo tak ko tak bwat kan. dan, aku tego bukan sebab ape, sebab ko kawan aku, sebab aku kisah! paham?

dan ko! ko kate susah nak jage hati kawan konon.aku balik2 ko cakap benda yang buat aku rase nak masukkan kaki aku dalam mulut ko.apahal? and one more thing! ape???? susah nak jage hati kawan kate ko? ko penah ke try nak jage hati aku selama ni? aku concern kat ko, keluar ngan sape g mane, dengan sape, ada ko nak jawab bebaik? ada???????? tak....... but instead ko kate susah nak jage hati kawan la kejadah haram lagi. Fine! i'll stay out of ur FUCKING life from now on! ok?puas hati?

dan ko! weyyyyyyyyyyyyyy!!!!! tak kira la ko senior aku berapa sem pon, perlu ke ko buat muke ketat ko bila jumpa ngan kitorang????. tak kisah la ko sem berapa pon, tapi kalo ilmu ko tak penuh kat dada dan kalo perangai ko macam tue, jangan kata sebelah mata, bukak mata pun aku taknak bila lalu depan ko!

and yes, you're the one who said i was like that, and when i start acting like one, why bother???just let me be me. and you just continue being you like u always did which is ignoring me. fair enough????

shit, i'm becoming one of them. but the thing is person(s) that i talk about in this post will never ever in million years to come across my blog. at least i'm certain of that. and if they do, soory lah ye. just cannot tell those words straight to your faces. bear with me.

bodoh!

till then;

Sunday, February 7

procrastinantion

oh biasalah dalam hidup aku ni menagguh2 kerja kan. bila dah sampai deadline baru la nak mati siapkan keje tersebut. barulah bersengkang mata, menatang telinga, memerah tenaga, dan sebagainya. jadiiiiiiiiiiiiiiiii.....mari kita upload gambar2 yang aku se menarik dalam file aku and aku nak dedikasi kan gambar yang memula ni kat nadia sebab de kate de nak tengok mamat ini hehehe.


this is the best i cud prepare 4 u. hahaha nak full covered kang tak pasal2 lak jadi isu hangat aku nih stalker kat Kampus aku btw gmba ni aku amik curi2 mase aku stalk die(mesti ko tak caya kan??hahaha aku tipu je aku curi dari FB de.)

gamba ni baru edit malam tadi aku nak try print, jadi tak macam polaroid. dan hasilnye? membanggakan! huhu

oh? gambar ni dah lama edit. mase raya nih aku dan budak gile itew tengah bosan di rumah atok ku. jadi....terjadi lah perkara2 yang tersebut haha

hah? dengan beliau lagi. the fact is, i dont really fancy her...tapi........gambar yg cecantik mesti dgn die. bukan die yang cantik(ayat berbaur cemburu yg amat kuat) it just that it's hard not to acknowledge her skill wth the camera huhu. that's how some picas come out vey well!


oowh? dan die??adalah potogenikers(lol ayat ceharam) ko bleh ke bwat expression cenggitu??hahaha

dan lagi...alololololo...huuuuuuuuuuu


mc mong and haha owh! aku sangat ssukkkkeeeeeeeeeeeee lelaki pakai sut lengkap begini!!!!!!owh! and lagu MC mong adalah juara kat aku nye Itunes year end chart ok! hehe

owh blissful!!! aku suke due orang yang berbaju kotak itu BigBang; G-dragon dgn Top!

epik high and Myk kat California nye concert kalo tak silap.wish to be here! huuuu

oooooowwwwwwwwwwwwwwhhhhh! *dies* dan hidup semula hahahah . 2PM Nickhun dengan long lost brother die kekonon! hahah

A-YO! man hehehe gmba scan...baru jmpe...ngan abang aku..hu~~~~~~~~

mine! mine! mine! huhu my previous desktop background. it really helps to have bunch of hotties to keep u company when ure doing ur job(oh GOD! i sounds lunatic huhuhu)

use to have this as my wallie. mase tak hapal jadual lagi.haha sekarang pon tak hapal gak tapi dah jemu tgk bnda ni je aku print tepek kat wall kat bilik.

anddddddddddddd~~~~~ the very recent and the very finest one...guess who's behind the magazine? tamau bagi tau hahahaha(ayat gedik ceharam...)

last and the least hehehe maafkan keterencatan kami bergmbar. tapi gamba ni bile dah print sangat lawa! smpai member aku kata, gune SLR ke...huhuhu

tak tau asal aku wat post camni. haha yang pasti bilangan post aku akan bertmbah kan dan itu yang paling penting kan kan kan kan kan kan kan...

till then,

Tuesday, February 2

I can't stop LOVE LOVE LOVE...

hahahks tak tahu asal nak update camni...tetiba rase nak post pasal L.O.V.E huuuuuuuu dan lagu L.O.V.E from Frank Sinatra tue super best! hahaha trus download and sync kat itunes heheheeh. biar tak bercinta pun! nways...sonok tengok orang happy di lamun cinta...and for that aku sediakan eye candy khas untuk tatapan aku sendiri. In case korang tanak tengok ahahaha gambar2 yang tersebut ada beberapa kategori

kategori 1 : Orang yang tengah angau;


Jang Guen Suk: tengah anagau bercerita pasal her Ideal woman: Park Shin Hye, given that die dah banyak kali collaborate ngan si Shin Hye nih, tak susah die nak gile bayang kat die..kalo aku keje gan Shin Hye tue pun aku leh fallen kot sebab de super lawa.haha


my faveret ideal man of all time! hahahaks! Gong Yoo! hahahaks die nih kalo belakon real tauuuuuu! and ni snapshot from Coffee Prince.huuuuu...owh yea..ni die ngah angau kat Eun Chan..hehe Gf die dalam cite tue...

Kategori 2; make believe couple, my faveret drama couple, and couple that i wish to be true!


awwwwwwwww!!!!~~~~ ask anyone who watch them and who din see their chemistry and wish them to just date in real life???huuuu i secretly pray for them to be dating in real life. and that's a bit useless of me rite...hahaha anyway..this was taken from We Got Married a show where two celebrity paired up and being a make believe couple, living in the same house and living their everyday life togeter geter2. Kim Hyung Joon and Hwang Bo


Hyun Bin and Song Hye Gyo in Worlds Within. and this couple are a real couple outside the drama too! they've just announced their r/ship last August. and that news has made me griiinnnnnn very wide the whole day. hahahah


squeeeeeeeeeee..... they also had made it to my list -couple that i wish to date in real life- hahahah Jang Gun Suk and Park Shin Hye, as i told before, they work together so many times,. and this is their latest work "You're Beautiful" and fyi, this was taken during the rehearsal of the drama. they are so lovey dovey even outside the site! awwwwwwwwww!!!


the new recruit of We Got Married Sun Ho and Seul Hye couple awwwwwwwwwww!!!!!!!!! i fall in for them right after i saw them at the first time! really! they adorable!!! wee....

Kategori 3 : my faveret real life couple/married couple


Josh Duhamel and Fergie BEP awwww! aren't this wedding picture cute??????????? huuuu aku dah lama suke kat si Josh ni, sebab aku suke tengok Las Vegas. huhuhu tapi dah lam baru aku tau die couple up ngan this Dutchwoman heheh nways am happy for them.


Lee Sun Gyun aka The voice with wifey..ape tah name die lupe..huhuhu miann......coool kan wedding pica derang???gile sempoi..huhuhu


owh and this one! tak sure dah kawen ke belum hahaha last i check derang dah tunang tahun lepas kalo tak silap. Channing Tatum ngan Christina Dewan kalo tak silap. they first met dalam film Step Up and i could guarantee u cite tu best gilos!

Blo and Kang Hye Jung! owh!!!!!!! sangat envy dengan couple nih..they're expecting their first baby around march kalo tak silap! huuuuuu and imagine how super cute the baby would be! aaaaaawww!

last and definitely not the least, Singer couple HwaYobi and Sleepy from Untouchable.hewwwww this is their selcas from the love getaway kat LA ke Hawaii kalo tak silap! and their are soooo lovable to each other...huuuuuu

hehehe suke2...kalo korang perasan, orang bercinta or orang tengah dilamun cinta ni, seri muke die lain tau....aku nah dengar..kalo kita tengah bercinta ada this particular hormone ni Endorphin akan dirembeskan(ayat saintifik tak leh bla) kalo tak silap and akan buat kita berseri2.. hahaha takde keje kan aku..aku tenampk senanya snapshot2 dalam aku nye folder neh then decide tuk menambah kan bilangan post dalam blog ni, kalo dah sampai seratus pon aku dah cukup bangga.. ada orang tue dah 400 pun still going strong ag..hehehe

till then..