Thursday, April 16

Birthday Ku yang di sambut sederhana .

Yays! akhirnya dapat curi masa nak melangsaikan hutang post ni. Huhu walau pun birthday ku dah lama berlalu. Tapi nak jugak verita haha. Emm sebenarnya hari ni 16.April Birthday

Ayunni Ahmad Danial. Happy Birthday Ayunni. Semoga dengan bertambahnya umur ko ia dapat juga menambah segala yang baik dalam hidup ko. I love you! mmuah!

Okeh get back to what this post is all about. On my last birthday my dear dear roommates had done a little cute surprise celebration for me! Wakh, a very cute and small indeed. Despite of their busyness plus a loads of tasks in this very final week we managed to have our own sweet memory to be cherished for eva! Diorang belanja KFC..plus makan kek yang diberi oleh Atul and roomate Atul , Fifi and Yana. Hahaha.. best2..walaupun aku ngan Jah je yang makan, Munie takde..g wat assignment=( tapi tak pe. Aku faham. Assignment first whatever it is. Huhu.. so here are the snap here and there that very night!

the cake~~~from Fifi and Yana

the meal~~~KFC

the 2nd cake~~~ From Atul


Beside that ade gak birthday notes yang aku dapat dari Zati plus birthday present dari Jah, dan dari diri aku sendiri.hahaha ada tak orang belikan birthday untuk diri sendiri?? Ada! akulah. Hoho.

birthday note1~~~ from zati

birthday note2~~~From Jah

the present~~~ from Jah(memang nyeyak tidur malam ku..huuu)

my very own cutest present from my self! hahaha

Hahah. sebenarnya aku ngan Jah ada buat janji ah. nak beli sandal Crocs kalau ada bajet lebih. So lepas kumpul duit dalam dua tiga bulan, akhirnya mencukupi lah jumlah yang tak seberapa tu untuk beli sandal crocs yang best tue..huhuhu...so, pada malam khamis tue, right afta class, dengan selambenya kitorang terus meneruskan perjalanan ke mid valley! hahah.. dan ni lah snap2 malam tersebut. So malam tue ade la gak some sort of little celebration for the second time jugak lah for my birthday.

ni? makanan kitorang malam tue....wakh~~ lapar.. aku makan yang belah kiri tue, jah makan spaghetti..serious! jah nye sedap!

itadakimass~~~~

The blissful Jah with her food

this is the part that i love the most bout my sandal! Thanx Jah, die yang pilih accessory ni.huuu


Jah's pair of Crocs, auummm!!!!!

model baru crocs..wakakaka..


wakh~~~look at that!hahaha

last but not least thanx to Nadia and Aishah for the birthday wish post! love u guys! mmmuah!(hit their name to view the post) aite. that's it for now. till then.

//sandal tue kan, ramai sgt yang cakap cute termasuk boifren Sal siap kata nak curi lagi. Hahah.. Thanks to Jah dengan adi yang kat crocs tue, diorang suggest soh letak bunge-bunge cinta tue.hahaha



Thursday, April 9

My 22th Birthday!(7.April.1987)

Dammit! tak sempat nak ucapkan happy birthday my dear self pun. huhuhu disebabkan terlampau seboks dan tak sempat langsung nak on line. Anyway,



hahah. Harini birthday Siti Fatimah binti Atan jugak sebenarnya! Hehehe. Happy Birthday siti.sayang ko!kepada sesiapa yang wish and all. Thanks a lot! banyak nak diceritakan, but in short time ni couldn't make it lah! nanti aku sambung semula, ada lab Java 11.30 neh. okeh da.

//i love me and so what??hehehehe

Monday, April 6

gambar yang cantik sebab di edit dan bukan sebab orang dalam gambar tu cantik.

The title speaks for it self huh! =)

forever favorite!

smart!


in the Levi's store in K.K


girang! haks!

in the 'fitting' room hah!

tersalah tarikh tue huhu

makhluk tuhan paling sabar! yang belah kanan tue..

huhu bila nak kawen ni!


//semua di edit guna PhotoScape. guna apa?malas nk cite satu2.hahah.

Berbagai Rencah

HandPhone:

Haha.Tak hilang sebenarnya, tertinggal kat restoran vietnam tue.Dah agak sebenarnya, cuma bila aku call diorang tak angkat. Bila aku call ayah, nak bagitahu handphone hilang die terus tanya "hah! ko dah ambil hand phone ko belum? handphone ko tertinggal kat kedai yang ko makan semalam tue" huhuh. Mase ayah aku call baru la die nak angkat. Kesian Farah, hari khamis lepas datang balik amik aku nak g ambil handphone tue. Haha terus aku blanje die Sushi King makanan yang menyihatkan bak kata Farah tue. Huhu.

Balik Kampunng & Farah:

Weekend lepas aku ngan farah balik kampung, hahaha first time Farah bawak keta jejauh. Oh ye, hand phone aku tertinggal lagi sekali kat keta die lepas sie anta aku kat asrama petang semalam. huhu malam tadi die datang pulak hantar. Rase bersalah aku kat die Allah je la yang tau. Huhuhu. tangan die terkehel katanye. Kesian plak, ye ar. Bawak keta jejauh. yang co-pilot sorang ni bukan boleh di harap pun untuk ganti. huhuh. Seronok!Lega! bila dah jumpa mak ngan sume family aku. Seriously tertekan minggu lepas, minggu ni pun tak kurang. Kenapa la minggu akhir sebelum final ni menyesakkan fikiran dan jiwa raga semua orang. Ingat nak pegi
jeram tengkek. Tapi tak sempat, kitorang pegi Bahau je. Huhuhu Bahau yang kak long aku banggakan bak kata farah. Ye jugak, kat Kuala Pilah jarang orang kampung aku pegi. Bosan, kosong, lame dan tak de apa2. Bak kata k.long aku Pilah tue memang pekan orang tua-tua je. huhuhu. Tapi berjasa jugak la Kuala Pilah tue, kalau tak de die susah la nak sampai ke Seremban dengan lajunya. Huhuhu. Oh ye cerita pasal Seremban haritu balik kampung kitorang tak ikut jalan bukit putus, ikut jalan Tampin. Kul 12 lebih jugak la sampai umah aku, yela kitorang bertolak pukul 7++ diesebabkan kelewatan aku bersiap seperti biasa. Lepas tue singgah Bangi solat semua then baru la teruskan perjalanan. Siap tersalah masuk tol lagi. Hahah. tapi tak kesah, kitorang adalah manusia paling relax bab ngabiskan minyak kereta neh. Hahaha. Tapi balik semalam kitorang ikut Bukit Putus, setelah diberi semangat oleh kakak serta abang aku dan berbekalkan kecekalan yang menebal dalam diri Farah dia telah memberani kan diri untuk ikut Bukit Putus. Wakaka. sampai jugak kitorang akhirnya semalam dengan selamatnya.Alhamdulillah. Dan lepas tue berlakulah insiden aku tertinggal handphone tue. Tak perlulah diceritakan. Cuma pengajarannya adalah : jangan guna handphone mahal-mahal kalau nak handphone anda dikembalikan jika ia hilang dan tercicir. Huhu. Kalau handphone mahal dan canggih aku percaya dengan yakin agak susah untuk orang yang terjumpa dengan handphone anda tue untuk memulangkannya kembali huhu.

Apa yang aku fikir, rasa,tahu dan alami:

Jangan fikir korang akan faham sesuatu dengan sepenuhnya jika korang baru dengar dan lihat apa yang korang tau tu. Kalau korang tak rasa apa yang korang rasa korang faham tue jangan sesekali kata korang faham apa yang berlaku dan faham segalanya. Hakikatnya sesuatu perkara tue adalah lebih rumit dan kompleks dari apa yang korang fikirkan. Semua orang ada kehidupan sendiri, masalah sendiri ada konflik sendiri. Hanya dia dan Allah je yang tahu apa yang dia hadapi. Selagi korang boleh dan ada daya nak tolong seseorang tolong lah die sedaya mungkin. Kita tak tahu nasib kita nanti macam mana. Family first! Selalu ingat tue. Hargai kawan-kawan ape pun yang die buat kat kita die tetap kawan kita. Berterima kasih lah selalu kepada kawan-kawan yang layan kita lebih dari yang sepatutnya. Berkawan lah dan jalinkan lah hubungan dengan ikhlas dan tanpa mengharap apa-apa. Jangan nilai orang dari apa yang korang nampak dari luarannya sahaja. Mengenali dia pun belum tentu korang memahami dia. Aku baru je tahu sikap sorang kawan yang aku dah lama kenal. Dia adalah seorang yang sangat lembut dan mudah tersentuh hatinya unlike tindakan atau kelakuan die yang agak ganas. huhu. Dia juga baru aku tahu adalah seorang yang pendiam jika tak kena tempat dan masenye. Sebab bila dengan aku, die nak berceritaaaaaaaaaaaaaaaaaa je! hahahahah. Tapi aku suka dengar! Jadi, hargai kawan anda! Hargai perhubungan yang anda ada sekarang! Jalinkan hubungan dengan ikhlas, aku kecewa sebenarnya, tak banyak la, sekelumit pun kurang lagi kot, dengan seseorang yang rasenya aku dah lama tahu die tak ikhlas berkawan dengan aku, tapi disebabkab ada sesuatu kebaikan pada die, die teruskan jugak perhubungan ini. Tapi tak kisahlah. Aku mugkin silap menafsir apa niat die. Apa-apa pun kita layan je~~~~


//malas nak letak gambar.baca je la.biar kelabu mata tue.oh ye maafkan kesalahan ejaan ku yang agak kronik yang aku yakini ada walaupun dah cek da sebelum post entri ni.huhu

Wednesday, April 1

Handphone hilang?tertinggal?salah letak?

model yang pegang i-phone tu pun belum tentu ada i-phone kan kan kan..

Ketulahan la nih. Ari ni ada Test malam tadi sempat pulak merayau-rayau kat Midvalley sambil cuba makanan Vietnam yang tak sedap tapi sihat tue. Ada la beli barang keperluan. Tapi disebabkan tah ape2 pukul 10++ jugak la aku sampai bilik. Mane sempat nak study, review je huuuu. Dah bace, tapi tak ingat ape2. Nak bace, tapi tak boleh bukak mate. Nak buat macam mane? Dah cuba sedaya upaya(tipu). Tapi boleh jawap  la tadi(tipu lagi) sebab die MCQ dgn true/false. Jadi boleh la tanda je ikut suka hati.

Baiklah, itu bukan ceritanya. Lepas mandi semua malam tadi nak anta sms dekat abang ipar aku(sebabnya tak payah la tau). Cari-cari handphine tak jumpa. Suruh munie call. Ada bunyi caller ringtone aku, tapi tak de orang angkat. Cuba-cuba dengar ringtone pun tak  dengar jugak. Ok, mungkin hilang, tertinggal kat restoran vietnam tue, atau tertinggal dalam kereta Farah. Dah suruh die sms munie pagi tadi ada atau tak. Mungkin dia lupa kot. Tak pe lah. Sekarag susah sikit la. Tapi bile fikir-fikir semula senang hati  jugak beli tak de handphone kat tangan, tak yah nak belek2. Kalau ada sms tak payah nak reply.hahahah. Tapi aku takut family je call. Oh ye. Tak bagi tahu diorang lagi. kejap lagi la. Ada kelas sepatutnya 2.30 lepas tulis ni baru masuk. Anak murid derhaka,macam ni la. hahahah. Jadi kalau saya tak angkat call or tak reply sms faham-faham lah ye. Sekian.

//nasib baik tak pakai i-phones idaman kalbu. tapi sayang la dekat simkad tue. janagn risau, kalau hilang aku akan guna nombor yang sama kot!