Thursday, January 27

Ragam Bukan Garam.

Pernah hadapi situasi dimana ko tanya kawan ko, 'Dah makan ke belum?' Tapi die nye mukadimah jawapan die berbunyi ;'Ha! ni yang aku nak cite kat ko ni. Ko nak tau tadi aku ni turun la konon2 nak makan, tapi tersempak plak dengan si polan tue yang orang kate die clash sebab boifren die tue takde keta, Ko tau, aku tengok..'(gune la imaginasi korang tuk teruskan cite nih). Kalau belum, dan bile dah dengar mukadimah die seperti yang di atas, cepat2 la buat alasan untuk beredar dari tempat kejadian dengan segera, sebab nye orang macam ni ada kemahiran bercerita yang superb, dia sendiri pun kadang-kadang tak sedar dia ada kebolehan tersebut. Akhirnya korang nye time nak lunch pon habis, dan jawapan kepada soalan dah makan ke belum tadi belum tentu terjawab, silap2 last sekali die kata 'rupenye aku terlupe aku puasa arini!' tak ke ko rase macam nak sepak manje je muka kawan ko tadi? 

Manusia ni, sangat unik dan pelbagai, (wah mukadimah da macam nak buat report Banci) Tak semua orang suka bile kita ni peramah sangat, tak semua orang tue sombong bile die tak menegur. Dia mungkin ada self esteem yang sangat rendah sampai die takde keyakinan langsung nak mulekan perbualan dengan orang lain. Tak semua orang bile kau tolong akan ingat apa yang kau tolong dan akan tolong kau balik. Tak semua orang suke bile kau kentut kuat-kuat. Tak semua orang nak mengaku yang die terkentut walaupun kau tahu die terkentut sebab kau dan die je ada dalam bilik tue dan agak mustahil kalau kau tak sedar yang kau terkentut.Tak semua orang akan ingat benda baik dan cantik kau pernah buat. Tak semua orang akan bercakap pasal budi yang ko dah tabur. Tapi semua orang akan bercakap pasal salah yang kau buat setiap kali diorang nampak kau, walau kau buat salah tu sekali je nak bandingkan dengan kebaikan yang kau lakukan manusia ini sikapnya suka becakap benda-benda yang busuk buruk dan memalukan. Bagi mereka drama itu rencah hidup. Tapi, tak semua manusia macam ni. Tak semua orang boleh makan budu cencalok dan tempoyak. Dan itulah yang membuatkan manusia itu unik dan menarik bagi pandangan aku. Satu kata-kata yang aku sangat jelas ingat dalam kepala aku adalah; 

                     People do not judge you by intention; they judge by what they see. 

Which i think there's some logic in it. Kalau orang nampak kau pegi night club orang akan cakap kau akan pergi untuk berhibur, sedangkan niat kau adalah untuk berjumpa kawan or housemate kau untuk amik kunci rumah yang kau lupa nak bawak mase keluar rumah tadi, kawan kau pulak buat part time  dekat kelab malam untuk menampung  yuran pengajian. So, nampak tak? Sungguh pun dari segi islam kita tidak boleh dan tak layak sama sekali untuk judge orang, hanya ALLAH saja yang boleh judge kita dan mengetahui segala apa yang kau niatkan dan apa yang kau rase. Berbalik kepada kata-kata kat atas tadi, aku rasa adalah tanggungjawab kita untuk mengelakkan dari orang berfikiran negatif terhadap kita, bak kate sorang akak yang aku sangat hormati ni, 

'Jangan buka ruang untuk orang bercakap buruk tentang kita, once kita buat benda tak baik tak semua orang paham cerita disebalik benda tue atau paham situasi awak pada mase tue,'

Which i think betul jugak, Macam yang aku kata kat atas tadi la, tak semua orang boleh fikir yang kau pergi kelab malam untuk amik kunci kat housemate kau kan. So, moralnya hati-hatilah dalam setiap perilaku dan tindakan korang, orang akan bercakap dan terus bercakap nak-nak kalau bercakap pasal hal orang lain, biar tak dapat makan kenyang pun, janji hati die puas kalo dapat cerita pasal si polan yang membuat onar tue. Bukan ape, peritnya adalah berganda bila orang yang bercakap pasal kau tue adalah lecturer kau dan die bercakap depan kau, dalam bahasa perli, di hapadan kelas di mana semua orang dalam kelas tue kenal kau. Dan bile kau keluar ada member yang memahami kau datang dekat kat ko dan tanya kau perasan tak yang madam cakap pasal kau. Kalau dah orang lain pun boleh perasan, ni pulak tuan punya badan kan, bak kate orang dulu-dulu sape makan cili die terasa pedas, walaupun aku tak makan cili mase tue, tapi hati aku tetap pedas bile dengar madam tue berkata-kata begitu. Tapi member aku tadi kate, aku tak leh nak salahkan die, itu apa yang die nampak, apa yang die rase, dan ape yang die simpulkan dari apa yang die nampak. So, die boleh kata yang tue je la. Yang die tak nampak, die tak tahu, dan tak boleh nak buat kesimpulan, so, ko telan je walau pahit die lebih pahit dari hempedu ayam.

Dan last sekali, tak semua orang sedar walaupun esok die ada presentation dan slide show die belom siap dan berusaha nak siapkan kerja itu. Dan orang itu adalah aku. Sekian.!


Sunday, January 23

Kelas di Hari Sabtu

Yup you read the title right, cuma aku je masih cuba menerima segala kenyataan ini. Pada mulanya aku ingat ada kelas pada hari sabtu adalah seperti kau ketinggalan menyaksikan episod akhir drama bersiri kegemaran kau dan perlu menuggu lagi seminggu untuk rerun drama tersebut. Paham bagaimana perasaannya? Kalau tak paham boleh start la tgk drama2 tv yang sedang di tayangkan sekarang. Ada Tiramisu kan? Try la. Kalau nak layan yang lagi laaaayaaaaaaan tgk la Secret Garden kat 1HD yang ada Astro Beyond la. Yang takde buat cam aku, layan kat dramacrazy. Yang internet die lembab bleh amik kat aku, aku da abis download. Yang takde HardDisk bleh burn dalam CD yang tak pandai burn CD pegi godek ko nye PC mesti tau nye. Yang rosak CD player gune external CD player. Nampak tak? How many options we have in solving one problem! That is my point sebenarnya, kalau ada masalah jangan duduk dalam bilik peluk kaki, meyembamkan muka ke bantal, atau pun terlentang mengahadap siling bilik kau yang berkarat, fikir, fikir dan fikirlah sedalam2nya banyak jalan dan penyelesaian yang anda boleh temui. Dan kalau ada masalah jangan fikir kau sorang je yang ada masalah, dalam seluruh pelusuk galaksi ni, ramai, beribu berjuta malahan berpuluh juta lagi manusia dengan masalah yang lebih besar dari kau. So wake up and figure the freakin problem out! Bukan maksud aku nak mengecil2 kan masalah yang kau ada, tapi itulah kenyataan nya, segala penyakit, masalah, simpulan, kekusutan dan segala halangan insyALLAH pasti kau temui jalan keluarnya dengan syarat kau yakin dan selalu bergantung lah pada DIA pencipta kita.

Berbalik pada kelas hari sabtu. Haih~~ Bila aku ingat aku lah manusia paling malang ada kelas pada hari kelas pada hari sabtu sampai pukul 2.30, sehingga aku berjumpa dengan bekas rakan sekelas aku dalam kelas Technopreneurship, aku pun berbual dengan die

                     Beliau: ada kelas ke?
                     Aku: aah. Baru abes neh. Awak?Kelas ape?
                     Beliau: OS security..kul 2.30..
                     Aku : oh..abes kul 4.30 eh??
                     Beliau : takla...4 jam..6.30 kot baru abis..( nada menurun)
                     Aku: ...........(sambil telan air liur dan terkebil2 memandang beliau)

Aku lupe name beliau ni ape. Huhu bukan sengaja nak letak kata ganti nama tu. Tapi memang tak ingat. Tu memang masalah aku, ada sorang lagi beliau ni, da nak masuk sem 6 ni aku tak tau lagi nama dia padahal aku nih da berbagai macam da borak dengan die. Jadi bile nampak die dari jauh aku pandang hampa jelah. Yelah takkan nak tanya, nama awak apa? Padahal result die sem lepas pun aku tau, ni kan pulak nama die. Adakah itu masuk akal? Tapi sekarang aku dah tau name die. Baru semalam tau, sebab kami satu kelas, die duduk sebelah aku, mase die sign name die dalam attendance tue juling mata aku tgk die sign name kat mana. Nasib baik la dalam kelas tue ada 3 orang je wanita, aku roomate aku dan beliau, jadi tak mungkin la aku tak tahu nama roomate aku setelah 3 tahun bersama kan, dan mustahil juga nama beliau yang aku tak tahu ni bermula dengan Mohamad, jadi tak la payah sangat nak mencari nama beliau.

Berbalik kepada beliau yang ada kelas pada 6.30 pada hari sabtu tadi tu, muka beliau sangat tenang dan bersahaja seolah-olah ada kelas pada hari sabtu hingga pukul 6.30 itu adalah seperti mengetahui Robert Pattison akan berlakon dalam sequel Breaking Dawn sebagai Edward. Sugguh aku kagum dengan beliau, lepas ni aku akan berusaha keras untuk mengetahu nama beliau pulak, sebab beliau je yang selalu panggil aku bile nampak aku dari jauh. Haih!

Monday, January 17

Assalamualaikum..

Hari pertama persekolahan di dalam bulan januari di hari lahir seorang teman yang amat rapat dengan saya pada tahun ini. SELAMAT HARI TUA buat beliau. Saya bakal menyusul bulan april nanti. 

Pernah berjumpa atau berguru dengan pensyarah yang lebih mementingkan slanga Bahasa Inggeris nya dari apa bahan yang di sampai kan kepada anak didiknya? Pernah jugakah anda berjumpa pensyarah yang 'cover ayu' seolah-olah di dalam kelas tersebut ada cinta pertamanya yang walaupun sudah berpuluh tahun terpisah tetapi dia(si pensyarah) masih lagi mempunyai perasaan terhadap si polan tersebut? Pernah jugakah anda berjumpa pensyarah yang menyuruh muridnya menguatkan suara sedangkan suara beliau saya yakin kalau meter decibel diletakkan di hadapan beliau nescaya akan memberikan bacaan negatif atau sifar. 

Kalau anda pernah maknanya, saya tidak keseorangan. Dalam pada hati dan fikiran saya sibuk menganalisa perwatakan pensyarah yang mungkin bakal memberikan markah rendah kepada saya tersebut, fikiran ini telah di ketuk oleh kata2 ayahanda saya yang berbunyi 


"Masuk U ni sonang yo..kau baik2lah ngan pensyarah kau tue. Apo yang di koba eh donga yo lah." 
Kalau lah ayah belajar dalam kelas ni. Oh! Ayah memberikan sepenuh persetujuan apabila saya mengatakan ciri-ciri lelaki idaman saya adalah seorang yang ada Jet Peribadi. Cuma lucu, ayah jarang memberi pendapat berkenaan bab tersebut.

Beliau ni ada jet peribadi.