Showing posts with label ceritadarikalbuyangcelaru. Show all posts
Showing posts with label ceritadarikalbuyangcelaru. Show all posts

Tuesday, March 8

Saya Suka...

Assalamualaikum! Teheeeeeee. Post suka-suka ini adalah untuk menghilangkan kebosanan dan juga untuk mengelakkan diri saya dari menyiapkan keje sekolah! Post ni bertujuan(biarlah kalau korang tak nak tau pun tujuannya saya tetap bagitahu jugak.) untuk mengenang kembali (ececece ayat tak nak emo plak kan) momen-momen yang berjaya di rakam dalam bentuk .jpg .png mahupun bentuk .gif . yang SAYA SUKA! seperti dalam tajuk di atas. Banyak lagi sebenarnya nantilah, ada jumpa lagi saya post. Cekidaaaaaaaauuuuuuuuuut~~~

Ni adalah gambar saya mase beraya di rumah Pak Ndak. Rumah beliau sangat superb menyebabkan saya hampir-hampir mahu memohon untuk menjadi bibik di rumah beliau. Gambar ni di capture oleh si polan ini. Despite kebolehan beliau mengambil gambar yang biasa-biasa aje tue(hahahahaha) saya rase sebab efek lighting dan juga muka saya yang ceria itulah yang menyebabkan gambar ni nampak best di mata saya.
Nama belaiu adalah Kwon Ji Young nama komersil beliau adalah G-Dragon atau GD, beliau adalah performer/artis/penyanyi/penulis lirik/penerbit/rapper/composer yang sangat saya HORMATI mark may word yea, HORMAT! Apa lagu yang beliau compose, yang beliau tulis, dan apa sahaja performance live yang beliau persembahkan, sangat menepati taste saya. He is just perfect as in 'tak lebih atau tak kurang' apa yang saya cari dalam sesebuah persembahan terutamanya LIVE. Oh yea, gambar ini adalah screen cap dari Mnet Music Festival 2008. Senyuman beliau saya rasa sangat ikhlas dan melebar dan sebab itulah SAYA SUKA!
Gambar ni, ye boleh la buat tak nampak je muka saya yang nampak tak puas hati dengan servis pekerja Ice Room tue. Haha sebenarnya saya pun dah tak ingat kenapa buat muka senget tue. Anyway! Suka gambar ni sebab color dia. Nampak tak bile color oren terang(color Laptop) di blend dengan hijau Ice Room itu menghasilkan efek yang...SAYA SUKA!

Teheheeeeeeeeeeeeee...gambar ni nampak comel di mata saya! (Okey boleh lah kalau nak muntah) Ni mase pegi cuti-cuti Malaysia kat Langkawi. Ada cerita lucu pasal gambar ni, kisahnya, tak yah la cite..*maluuuuuuuuuuuuuu*

Ayummmmmmmmmmmm!!!! He's the main sole reason why i just SUKAAAAAAAAAAAAAA this picture!

Ok, saya SUKA baju yang GD pakai tu, anyone tau ape name baju tue? Ada nama kan baju tu? Separuh lengan die color lain tue, saya penah nampak! tapi lupa. Haha. Anywayyyyy! rindu kat beliau yang suka pakai baju macam tue! Beliau sekarang tengah intern, da selalu tak nampak! -__- haih~~


Kata orang, a picture worth a thousands words! Tak semua apa yang anda nampak adalah sama seperti apa yang anda fikirkan, dan tak semestinya apa yang anda fikirkan adalah semuanya betul. =)




Thursday, January 27

Ragam Bukan Garam.

Pernah hadapi situasi dimana ko tanya kawan ko, 'Dah makan ke belum?' Tapi die nye mukadimah jawapan die berbunyi ;'Ha! ni yang aku nak cite kat ko ni. Ko nak tau tadi aku ni turun la konon2 nak makan, tapi tersempak plak dengan si polan tue yang orang kate die clash sebab boifren die tue takde keta, Ko tau, aku tengok..'(gune la imaginasi korang tuk teruskan cite nih). Kalau belum, dan bile dah dengar mukadimah die seperti yang di atas, cepat2 la buat alasan untuk beredar dari tempat kejadian dengan segera, sebab nye orang macam ni ada kemahiran bercerita yang superb, dia sendiri pun kadang-kadang tak sedar dia ada kebolehan tersebut. Akhirnya korang nye time nak lunch pon habis, dan jawapan kepada soalan dah makan ke belum tadi belum tentu terjawab, silap2 last sekali die kata 'rupenye aku terlupe aku puasa arini!' tak ke ko rase macam nak sepak manje je muka kawan ko tadi? 

Manusia ni, sangat unik dan pelbagai, (wah mukadimah da macam nak buat report Banci) Tak semua orang suka bile kita ni peramah sangat, tak semua orang tue sombong bile die tak menegur. Dia mungkin ada self esteem yang sangat rendah sampai die takde keyakinan langsung nak mulekan perbualan dengan orang lain. Tak semua orang bile kau tolong akan ingat apa yang kau tolong dan akan tolong kau balik. Tak semua orang suke bile kau kentut kuat-kuat. Tak semua orang nak mengaku yang die terkentut walaupun kau tahu die terkentut sebab kau dan die je ada dalam bilik tue dan agak mustahil kalau kau tak sedar yang kau terkentut.Tak semua orang akan ingat benda baik dan cantik kau pernah buat. Tak semua orang akan bercakap pasal budi yang ko dah tabur. Tapi semua orang akan bercakap pasal salah yang kau buat setiap kali diorang nampak kau, walau kau buat salah tu sekali je nak bandingkan dengan kebaikan yang kau lakukan manusia ini sikapnya suka becakap benda-benda yang busuk buruk dan memalukan. Bagi mereka drama itu rencah hidup. Tapi, tak semua manusia macam ni. Tak semua orang boleh makan budu cencalok dan tempoyak. Dan itulah yang membuatkan manusia itu unik dan menarik bagi pandangan aku. Satu kata-kata yang aku sangat jelas ingat dalam kepala aku adalah; 

                     People do not judge you by intention; they judge by what they see. 

Which i think there's some logic in it. Kalau orang nampak kau pegi night club orang akan cakap kau akan pergi untuk berhibur, sedangkan niat kau adalah untuk berjumpa kawan or housemate kau untuk amik kunci rumah yang kau lupa nak bawak mase keluar rumah tadi, kawan kau pulak buat part time  dekat kelab malam untuk menampung  yuran pengajian. So, nampak tak? Sungguh pun dari segi islam kita tidak boleh dan tak layak sama sekali untuk judge orang, hanya ALLAH saja yang boleh judge kita dan mengetahui segala apa yang kau niatkan dan apa yang kau rase. Berbalik kepada kata-kata kat atas tadi, aku rasa adalah tanggungjawab kita untuk mengelakkan dari orang berfikiran negatif terhadap kita, bak kate sorang akak yang aku sangat hormati ni, 

'Jangan buka ruang untuk orang bercakap buruk tentang kita, once kita buat benda tak baik tak semua orang paham cerita disebalik benda tue atau paham situasi awak pada mase tue,'

Which i think betul jugak, Macam yang aku kata kat atas tadi la, tak semua orang boleh fikir yang kau pergi kelab malam untuk amik kunci kat housemate kau kan. So, moralnya hati-hatilah dalam setiap perilaku dan tindakan korang, orang akan bercakap dan terus bercakap nak-nak kalau bercakap pasal hal orang lain, biar tak dapat makan kenyang pun, janji hati die puas kalo dapat cerita pasal si polan yang membuat onar tue. Bukan ape, peritnya adalah berganda bila orang yang bercakap pasal kau tue adalah lecturer kau dan die bercakap depan kau, dalam bahasa perli, di hapadan kelas di mana semua orang dalam kelas tue kenal kau. Dan bile kau keluar ada member yang memahami kau datang dekat kat ko dan tanya kau perasan tak yang madam cakap pasal kau. Kalau dah orang lain pun boleh perasan, ni pulak tuan punya badan kan, bak kate orang dulu-dulu sape makan cili die terasa pedas, walaupun aku tak makan cili mase tue, tapi hati aku tetap pedas bile dengar madam tue berkata-kata begitu. Tapi member aku tadi kate, aku tak leh nak salahkan die, itu apa yang die nampak, apa yang die rase, dan ape yang die simpulkan dari apa yang die nampak. So, die boleh kata yang tue je la. Yang die tak nampak, die tak tahu, dan tak boleh nak buat kesimpulan, so, ko telan je walau pahit die lebih pahit dari hempedu ayam.

Dan last sekali, tak semua orang sedar walaupun esok die ada presentation dan slide show die belom siap dan berusaha nak siapkan kerja itu. Dan orang itu adalah aku. Sekian.!


Tuesday, April 20

bolehkah ia berhenti?


Aku yang memulakan. Aku yang meneruskan. Aku yang memanjangkan. Sekarang, aku tidak tahu bagaimana untuk menghentikannya! Kalaulah ia semudah menutup suis lampu! Bukan kesal, cuma penat apabila berseorangan mengharungi segalanya. Sekarang? Mungkin. Aku takut esok lusa ia tidak mampu lagi unutk di hentikan.

Friday, April 16

macam tak percaya!

di mulakan dengan Bismillah.. di sudahi dengan Alhamdulillah- lagu raihan. hehehe. ahkhirnya aku berjaya menyiapkan part aku dalam project Software Design. biase je senanya part aku neh. part yang Sal buat lagi mencabar minda. Haha. aku beselah. programmer yang lebih amatur dari novice programmer selayaknya buat part ni je. huhu btw, sebab benda ni agak gile jugak la jadinya putaran tidor aku. jadi selepas mempersembahkan projek ini kepada madam esok...alamak! kena buat report! ahhhhhh~~~ itu belakang cerita! yang penting azab mencoding dah tamat. mudah2han kalo tak di reject esok. wuwuwuwuwuwu.



5 form je pon yang aku wat. hahah ceritanya macam aku dah buat satu system kan! hahah anyway, kepada nadia, kalo ko click kat gambar yang 2nd last tue, ko akan jumpa sesuatu. haha sorry lah. dah buat baru bitau. dah tu je. nak tido. kot2 la boleh. da biasa tido lambat neh tak tahu lah leh tdo awal ke tak! hahah statement cam selaka je! hohoho


Tuesday, April 13

sakit dada.

JANGAN BACE KALAU KORANG RASE MENYAMPAH DENGAN LUAHAN PERASAAN ORANG DAN DENGAN PERASAAN "ALAH MACAM KAU SORANG JE ADA MASALAH". SEKIAN. ANDA TELAH PUN DI INGATKAN! READ AT YOUR OWN RISK!


Selalu aku menangis sorang2 lately! Ah lantak la korang nak kate aku mintak simpati ke ape tulis kat sini. yang penting, kat sini je lah aku nak tulis ape2 tanpa perlu pikir perasaan orang lain. At least aku tak tulis pasal orang lain. Kalau tulis pon aku tak tarok initial ke ape. Sampai mati pon korang tak tahu aku cakap pasal sape. Aku mimpi Mohd Amri. haha selamba je aku taruk nama die. Bukan nye die akan lintas sini pon. Sampai mati die tak tahu aku ade blog. Kekeke. Sumpah aku tak ingat die langsung! Agak rimas la bila selalu mimpi sebenarnya. Walaupun tak de la sampai annoying, cuma lepas mimpi tu membuatkan aku terpikir. Ape sebenarnya maksud mimpi tue! huhu.

Aku kena bebel tadi dengan Madam Azlina. hamboih! baru aku tahu ape rase kena bebel depan orang ramai yang ko kenal dan rapat. Die macam nak backup ko, tapi tak leh. Tak pe kak, saya paham niat suci murni akak. Haha tak pe kak. Saya rilex je. Apedehal. Memang salah aku pon malas pergi aktivit asrama. Takde hal la. Hadoih! projek Software Design kena hantar jumaat ni. Part aku buat catalog. Masalahnya nak masukkan gambar je dalam button! Dekat 5 jam aku search, buat, ngadap. Taaaaaaaaaak dapat. Masalahnya bila tak dapat buat yang tue nak buat function lain camna? Tanya orang lain takde. Aku dah agak dah jawapan tue. Memang tak penah ada kalo aku tanya die. Sori kalo ko terasa. Emosi aku sangat tak boleh di kawal mase ni. Pegi kelas tadi rase nak tumbuk muke sorang-sorang! Akhhhh!!!!!! Aku selalu terpikir, bila aku perlukan seseorang, nape orang yang aku harap tak pernah ada. Maybe sebab aku tak ikhlas berkawan ngan die. Berkawan sebab nak balasan. Kan. Bukan ape, kadang-kadang kalo orang ada masalah aku yang risau dulu. Kalo orang nangis, aku yang nangis jugak. dah. macam mengungkit pulak bunyinya. Dah hujung-hujung sem, mulelah rase cam palat ni. Tah la! Serious aku nangis sampai sakit dada. Sorang-sorang dalam toilet. Aku suke macam tue. Pastue keluar buat muka tebal je. Alah, bukan diorang nak tanya pun. Kema eh..nape nangis? tak penah lagi lah. biar mata aku dah macam kena tumbuk pon bengkak nya. diorang relaks lagi. Biasalah. cool. konon-kononnya. haha last-last. aku jugak yang mereng. Birthday aku. ye. dah 23. SELAMAT HARI LAHIR Nor Akmar Atan. Lebih dua dekad dah aku hidup kat dunia ni. dah la sampai sini je cite pasal kelahiran aku. takde yang istimewa pun pasal kelahiran ini.

Aku nampak Syafiq Habib tadi. haha sekali lagi nama dengan jelas aku pampangkan. Ok. mungkin aku perasan dalam hal ni. Tapi, aku yang usha die kan. Kalo die tak usha or stalk aku semula aku tak kesah pon. Sebab, aku ni ada sifat yang weird dimana, aku tak suke orang yang aku suke stalk suke kat aku balik. sebab pernah terjadi. dan! aku memang tak nak lah! haha. Aku suke perasan sorang2 je. Haha baiklah. ceritanya macam ni, aku nak masuk kiosk, tetiba, nampak die baru keluar lift bersama kawan2 beliau yang kurang cool dari beliau. kemudian Kugiran yang ada dalam hati aku terus menerus memutarkan lagu cinta. Aku pun berkata "oh! beliau!" haha. Kemudiannya, dia berjalan melintasi kiosk tersebut. Dalam hati aku, berharap dia akan berpaling memandang aku. tetapi. ye, seperti ape yang ko pikirkan. HARAM! haha. tak kisah la. aku pun keluar dari kiosk dan berjalan dengan penuh semangat menunggu lift. sementara aku tunggu lift aku pun menghadap pintu keluar. dan yang bagusnya. lobi kitorang tue menggunakan Sliding door kaca yang membolehkan kau melihat dengan jelas sesiapa sahaja yang berada diluar dan ape aktiviti yang mereka lakukan! Jadi, aku pun ternampak lah Shafiq Habib itu. dan....sepertinya die juga sedang memandang ke arah aku. Dan aku agak kagum dan pelik di situ kerana dia sudah pun keluar, dan tak perlulah rasenya die memalingkan kepalanya untuk mencari sesiapa pon kat dalam tue. nak2 kawan2 die sume dah ada dengan die, dan aku seorang sahaja yang berada dekat pintu lif tue. lain la kalau die gay kan. sebab ada la mamat yang tunggu lift dengan aku mase tue. dan tak tau lah pula kalau die tengah mengcekidaut(credit to nadia) budak lelaki tersebut. tapi aku rasa tidak. aku rasa die straight. sebab! aku rase macam tue la! anyway, ni cerita versi aku. versi die aku tak tahu. dan tak nak tahu. haha.

Monday, March 1

metafora sebuah penderitaan.

Mari ke mari wahai sayang pujaan ku sepanjang zaman.

Nyanyikan padaku melodi yang lebih indah dari di taman-taman kebahagian.

Aku hampir mati kerana kehilangan arah dan jalan.

Dan dalam fikiranku, hanya kau yang kelihatan.

Segeralah kau hinggap ke mari supaya segera tamat segala penderitaan.

Tidak ku tahu sekuat mana lagi aku mampu bertahan.

Aku khuatir, andai kau tidak segera ke sini, aku sudah tidak kelihatan.

Sunday, February 28

pelik yang tidak diketahui kebenarannya


Aku memang pandai senaraikan semua kerja yang aku kena hantar, lengkap dengan deadline mereka. Senaraikan semua ujian ceharam yang aku kena hadap.Malahan aku juga pandai memotivasikan diri aku dengan kata-kata semangat setelah aku senaraikan semua yang tesebut.

Tetapi! Apa yang aku tidak pandai adalah, untuk menyiapkan kerja tersebut dalam lingkungan masa yang diberi. Aku tidak tahu bagaimana untuk bersedia menghadap ujian-ujian yang bakal menentukan masa depan aku kelak.

Kenapa mereka tak ajar benda yang aku tak tahu ni kat sini? Atau, sepatutnya aku sudah tahu macam mana nak menyelesaikannya memandangkan ini dah nak hampir dua dekad aku melalui benda ni?

Pelik kerana aku masih tak tahu macam mana nak hadapi ini semua. Ah, mungkin tak berapa pelik kerana sedangkan hati aku yang pada azalinya sudah dua dekad, 3 tahun, 11 purnama, kepunyaan aku pun aku masih sukar memahaminya, inikan pula benda yang belum sampai dua dekad aku ketahui. Jadi, ini normal bukan?

Friday, February 26

saya punya

buat orang di negeri jingga (OC)


Sejahterakah kau sekarang? Sungguh aku mahu tahu! Persahabatan kita mungkin tak seutuh isi dan kuku, mahupun segagah aur dan tebing. Tapi itu bukan alasan mengekang aku dari bimbang tentang keadaan kau. Kerana? Ya, mungkin kau kawan aku. Jadi, aku perlu ambil tahu, perlu ambil kisah, dan perlu peduli. Tapi, alasan aku lebih besar dari itu. Sebab kau yang aku kenal tidak seperti mana yang kau luahkan itu. Tapi, aku mengerti memahami, mendalami yang manusia itu jika tak mengalami situasi seperti itu, hidup mereka adalah sehelai kertas putih yang apabila di tenung lama bakal memualkan. Maksudnya, hidup kita tak membosankan! *sep*

Aku tak mengenali kau sedalam mana. Tapi, kau yang aku kenali setakat ini nampak sukar di gugah dalam apa jua keadaan dan situasi. Ini bukan omongan sifar. Jika kau rasa apa yang aku repekan ini menambahkan beban, berhenti di sini. Dan kau juga pasti jelas mengapa aku menulis di sini. Kerana bimbangkan kau, kerana kasihkan kau.

Aku pasti dari melihat tajuk tulisan ini, kau yakin ia khas buat kau. Walau aku tidak di sana mendengar ratap tangis kau, tidak juga kita pernah berbual mesra melepaskan segala yang menghimpit dada, tak bermakna aku tidak ambil pusing. Seperti kata kau, hanya DIA yang bisa membantu. Disaat semua memekakkan telinga, mebutakan mata, mengeraskan hati dari mendengar luahan kita, yakinlah dengan yakin yang kukuh dan kejab, DIA mengetahui dengan lebih arif apa yang kau lalui tanpa kau luahkannya.

Hanya cara ini sahaja dapat memujuk aku hati aku dari terlau risau tentang kau. Kebelakangan ini, aku lihat kau terhibur dengan mainan kata aku. Kerana itu yang ini khas buat kau. Walau ia tidak seindah tulisan agung, dan mungkin juga ia tak langsung memberi sezarah kesan dalam hidup kau. Aku masih berpuas hati.

Thursday, February 25

si penerima hati


Mane kau bodoh! Aku datang kelas dengan harapan yang lebih melampai dari hujung kayu bendera yang paling tinggi tercacak di puncak Everest untuk melihat kau bersama hati aku. Kau pulak tak datang! Si polan polan polan yang bersama kau aku lihat ada. Kau tidak!

Kenapa kau suka-suka ambil hati aku? Ye lah aku bagi kau tanpa pikir panjang dan tanpa segan silu. Tapi, sekurang-kurangya, kau bagi lah aku tengok hati aku tu. Aku rindu kot dekat hati aku. Tapi, rindu lagi dekat kau. Bodoh! Oh, Mungkin sebab kau tak tahu lagi hati aku ada pada kau! Aku lah bodoh!