Akal, hati, serta anggota badan aku tak berfungsi dengan seiring.
Akal waras aku menyatakan ; siapkan Business Plan!
Hati aku menjerit ; keluarkan apa yang sedang bermain dalam fikiran kau sekarang!
Tangan aku secara jelasnya mematuhi arahan hati aku.
Perut aku memulas menunggu masa untuk mengeluarkan hasil hadamannya dari pagi tadi.
Mata aku, mahu tak mahu terpaksa menghadap butiran kata-kata yang terhasil dari ketukan tangan aku ke papan kekunci di atas komputer ribaku.
Telinga aku sedang asyik mendengar dendangan Michael Buble menyampaikan balada indah Sway.
Mulutku gairah menjamah kuku.
Kepala ku ligat memerah segala apa yang terkandung di dalamnya supaya ia segera kering dan boleh di isi dengan perkara yang lebih menuntut untuk di fikir.
Lihat? banyak perkara perlu di nilai semula jika Business Plan ini tidak siap tepat pada tarikh tamatnya.
Jangan hanya salahkan aku!
Sunday, February 28
pelik yang tidak diketahui kebenarannya

Aku memang pandai senaraikan semua kerja yang aku kena hantar, lengkap dengan deadline mereka. Senaraikan semua ujian ceharam yang aku kena hadap.Malahan aku juga pandai memotivasikan diri aku dengan kata-kata semangat setelah aku senaraikan semua yang tesebut.
Tetapi! Apa yang aku tidak pandai adalah, untuk menyiapkan kerja tersebut dalam lingkungan masa yang diberi. Aku tidak tahu bagaimana untuk bersedia menghadap ujian-ujian yang bakal menentukan masa depan aku kelak.
Kenapa mereka tak ajar benda yang aku tak tahu ni kat sini? Atau, sepatutnya aku sudah tahu macam mana nak menyelesaikannya memandangkan ini dah nak hampir dua dekad aku melalui benda ni?
Pelik kerana aku masih tak tahu macam mana nak hadapi ini semua. Ah, mungkin tak berapa pelik kerana sedangkan hati aku yang pada azalinya sudah dua dekad, 3 tahun, 11 purnama, kepunyaan aku pun aku masih sukar memahaminya, inikan pula benda yang belum sampai dua dekad aku ketahui. Jadi, ini normal bukan?
Friday, February 26
buat orang di negeri jingga (OC)

Sejahterakah kau sekarang? Sungguh aku mahu tahu! Persahabatan kita mungkin tak seutuh isi dan kuku, mahupun segagah aur dan tebing. Tapi itu bukan alasan mengekang aku dari bimbang tentang keadaan kau. Kerana? Ya, mungkin kau kawan aku. Jadi, aku perlu ambil tahu, perlu ambil kisah, dan perlu peduli. Tapi, alasan aku lebih besar dari itu. Sebab kau yang aku kenal tidak seperti mana yang kau luahkan itu. Tapi, aku mengerti memahami, mendalami yang manusia itu jika tak mengalami situasi seperti itu, hidup mereka adalah sehelai kertas putih yang apabila di tenung lama bakal memualkan. Maksudnya, hidup kita tak membosankan! *sep*
Aku tak mengenali kau sedalam mana. Tapi, kau yang aku kenali setakat ini nampak sukar di gugah dalam apa jua keadaan dan situasi. Ini bukan omongan sifar. Jika kau rasa apa yang aku repekan ini menambahkan beban, berhenti di sini. Dan kau juga pasti jelas mengapa aku menulis di sini. Kerana bimbangkan kau, kerana kasihkan kau.
Aku pasti dari melihat tajuk tulisan ini, kau yakin ia khas buat kau. Walau aku tidak di sana mendengar ratap tangis kau, tidak juga kita pernah berbual mesra melepaskan segala yang menghimpit dada, tak bermakna aku tidak ambil pusing. Seperti kata kau, hanya DIA yang bisa membantu. Disaat semua memekakkan telinga, mebutakan mata, mengeraskan hati dari mendengar luahan kita, yakinlah dengan yakin yang kukuh dan kejab, DIA mengetahui dengan lebih arif apa yang kau lalui tanpa kau luahkannya.
Hanya cara ini sahaja dapat memujuk aku hati aku dari terlau risau tentang kau. Kebelakangan ini, aku lihat kau terhibur dengan mainan kata aku. Kerana itu yang ini khas buat kau. Walau ia tidak seindah tulisan agung, dan mungkin juga ia tak langsung memberi sezarah kesan dalam hidup kau. Aku masih berpuas hati.
Thursday, February 25
si penerima hati

Mane kau bodoh! Aku datang kelas dengan harapan yang lebih melampai dari hujung kayu bendera yang paling tinggi tercacak di puncak Everest untuk melihat kau bersama hati aku. Kau pulak tak datang! Si polan polan polan yang bersama kau aku lihat ada. Kau tidak!
Kenapa kau suka-suka ambil hati aku? Ye lah aku bagi kau tanpa pikir panjang dan tanpa segan silu. Tapi, sekurang-kurangya, kau bagi lah aku tengok hati aku tu. Aku rindu kot dekat hati aku. Tapi, rindu lagi dekat kau. Bodoh! Oh, Mungkin sebab kau tak tahu lagi hati aku ada pada kau! Aku lah bodoh!
Subscribe to:
Posts (Atom)
