Friday, November 1

Tahun Kebelakangan Ini.

Semasa post ini ditulis, aku masih mencari tajuk yang sesuai. Seperti yang aku tulis dalam post sebelum ini, blog akan di update pada Isnin Rabu dan jumaat mengikut keselesaan dan emosi aku pada hari hari tesebut. Jika ada sawan datang aku nak update blog ni hari-hari. Maka hari-hari lah akan ada penambahan post.

Simple break down di bawah ini mungkin akan menujukkan dengan lebih jelas kenapa aku dalam hiatus yang agak lama dalam penulisan blog ini. Harap ia bakal memberi penjelasan yang setimpal kepada semua yang tercari-cari aku sampai termimpikan aku sebab takde post baru.

2011 ( Since last Post  26 Julai 2011) 
-25 julai adalah hari lahir Puan Mariam. Datin besar kat rumah aku. Datin kecik aku la. 

-Sem 6 adalah sem dimana sem kau akan sibuk mencari tempat praktikal, tidak terlepas dari arus perdana, aku juga turut sibuk dengan perkara-perkara duniawi begitu. Ada pulak khabar angin yang mengatakan UniKL ada offer untuk exchange student pergi ke KOREA! untuk semua student yang dalam sem praktikal. Jadi, aku adalah orang yang layak nak apply! (OMK!!!!) 

-Jadi, separuh dari masa dalam Sem ni aku peruntukkan untuk sungguh-sungguh berusaha untuk ke Korea.Persediaan mental, fizikal, bahasa, kerohanian dan segala persiapan lah yang ko nak buat sepanjang nak kesana. (Padahal nak pegi 4 bulan je) 

-Buat yang tak tahu, aku start menonoton atau dengan lebih tepat terjebak dalam cerita or drama or muzik-muzik korea ni sejak habis SPM lagi.Dulu drama Korea yang paling tsunami habis ada 2 je kalau tak silap. Winter Sonata, Autumn in My Heart. (Pengarah dia adalah orang y sama ye, harap maklum.)Dia punya sedih drama ni, boleh jadi sakit kalau orang tak kuat anti bodi! 

-Jadi setelah dengan intensive nya aku solat hajat, berdoa, menghapal sikit-sikit, Alhamdulillah, berjaya lah aku pergi ke negara idaman ramai insan untuk pergi melawat tu. Masa aku kat sana, dia punya hyper, buat aku lupa sekejap, asal-usul, kawan-kawan, dan juga blog aku ni. Ala-ala Ive had the time of my life la bak kata Black Eyed Peas.  

-Sepanjang aku disana tak pernah berlaku update blog, kebanyakan di facebook. Aku bercadang untuk update penemuan dan time of my life aku masa di sana dalam 4 parts. Jadi, boleh lah nantikan selepas ini. Dan quarter ke 2 dalam 2011 tu berkahir semasa aku di sana dan tak dapat pun sambut new year dekat Seoul! Cis, kalau tak boleh mabuk-mabuk, eh! boleh tengok orang mabuk-mabuk! Astagfirullahhh! 


 

2012
-Bulan Januari bermula dengan girang, semangat baru, perwatakan serta perangai baru yang aku bawak balik dari Korea. Hahaha

-Ramai yang terkejut, tidak percaya, tidak selesa, tidak mahu menerima, tidak, tidak, tidak, dan banyaklah ketidakan lain lagi. Biasalah, manusia susah untuk menerima perubahan, biar ia positif, atau pun tidak. Perubahan itu sukar diterima. Jadi, kita kena redha. 

-Setelah dengan jayanya menghabiskan masa dalam sem praktikal aku selama 4 bulan di Korea, aku juga berjaya meluaskan pengaruh serta jaringan persahabatan aku masa di sana. Ya rabbana, dalam lab yang aku seorang sahaja perempuan, di tambah dengan kenalan dari student-student Hotel Management, yang lelaki muka semua tahap pelakon drama di tambah pula dengan ketinggan yang tak kurang 170 CM. Jadi, dah boleh faham kot kenapa aku boleh lupa asal-usul sahabat taulan dan handai di Malaysia sana. Sebenarnya aku nak bagitahu yang kawan2 dari sana pulak datang sini, diorang datang holiday dekat sebulan. Jadi, dalam bulan 2, 3 aku agak busy entertain diorang, buat-buat busy dengan Final Year Project yang dah bermula dan sebagainya membuatkan aku lupa lagi kepada blog ini. 



-Bulan 6 atau lebih tepat lagi, quarter ke 2 dalam 2012 menyaksikan kedatangan kawan-kawan aku dari Korea untuk aktiviti Exchange Student di UNIKL selama setahun.

-Selain dari buat-buat sibuk dengan kelas, dengan FYP, ponteng kelas, bergembira sana sini, menghadap subject fail dan sebagainya, berkahirlah tahun 2012 yang aku boleh simpulkan sebagai tahun kasih sayang. Ia juga adalah tahun dimana ramai dari Angwels ( akan di cerita kemudian ) aku mendirikan rumah tangga. TAPI! 2012 juga tidak berkahir in a good terms bagi aku, tapi Alhamdulillah! semuanya sudah lepas! :)





Fuhhhhh. Habis dah setahun setengah lepas yang dah berlaku dalam hidup aku. Jadi, itulah sedikit tak banyak apa yang aku boleh simpulkan. Untuk ulasan tahun ini 2013, mungkin akan aku lakukan untuk post akhir tahun nanti, mungkin ye, mungkinlah. Jadi, gambar gambar di atas adalah sedikit gambaran terhadap apa yang telah terjadi pada tahun tersebut dan juga mungkin sneak peak terhadap Post Korea aku nanti.

Wednesday, October 30

Kembali Menulis

827 hari lamanya aku meninggalkan blog ini sepi tanpa apa-apa post. Ianya taklah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap aku pun sebenarnya. Waima meninggalkan kesan kepada negara ataupun alam sejagat. Banyak faktor yang membuatkan aku mahu kembali menulis. Salah satunya baca buku2 keluaran Dubook Press baru baru ini, selain itu, faktor tidak bekerja dan hanya duduk di rumah juga adalah faktor terbesar membuatkan aku nak menulis kembali. Ceh, bunyinya macam ilmiah sangat tadi, siap ada faktor nak menulis. 

Aku baru habis belajar. Dalam erti kata lain baru grad 22 September yang lepas. Ijazah Teknologi Maklumat dalam Kejuruteraan Perisian dari UNIKL.  Tak payah la aku cerita kemelut aku bertarung nak habiskan degree, bekerja kontrak sementara di Pusat Zakat, ber interview di syarikat-syarikat besar namun hasilnya belum lagi kelihatan. Jadi, bila dah terlihat hasilnya nanti baru aku bercerita. 

Jadi, di Pilot Post untuk tahun 2013 ini, aku mahu menceritakan sedikit tentang perancangan aku terhadap penulisan blog ini, kemana arahya, apa tujuannya, apa yang aku nak tuliskan, jadual aku update (jika ada dan rajin) 

Jadi, blog ini secara keseluruhannya akan berkisar tentang aku lah. Obviously, dan juga untuk pengetahuan, aku takde kena mengena dengan OH!Bulan site gossip sana tu. Masa buat nama blog ni tak tahu pulak kewujudan blog gossip tu. Hish tercemar kesucian nama aku. Ok, itu gurau. 

Selain tu, aku juga bercadang/bercita-cita/berangan untuk secara tidak rasmi dan formalnya buat ulasan mengenai phone Apps/software/technology thingy (terhad kepada yang aku suka) yang ada sekarang ni selari dengan perkembangan dunia siber dan teknologi di dunia sejagat. Hamboih. Canggih kaaan. Kenapa? Sebab hey, it's a free world kan, sukaa... Ok takde lah, sebabnya, itu sahaja minat aku, main2 apps, software, dan melihat perkembangan gadjet dan sebagainya. Jadi, boleh lah nak expect pandangan tidak ilmiah, pengalaman serta ulasan tak mutakhir aku nanti. 

Dan juga, selain itu aku akan try to make it  up for this past few years punya post yang aku tak update. Sebab apa aku tak update blog, cerita-cerita yang dah jadi dalam hidup aku sepanjang dekat 3 tahun aku tak menulis ni, Yelah, orang lain tak kisah pasal tu, aku yang kisah. Jadi sebab tu aku nak menulis, at least, esok-esok panjang umur, murah rezeki, ada jodoh, ada anak, ada cucu, barulah diorang tahu asal-usul diorang. Takdelah lah diorang nak hanyut di telan arus kemajuan nanti bila tahu ancestors diorang dulu orang susah. 

Berkenaan dengan hari aku update post di sini adalah masih rawak dan masih dalam perbincangan dalam kepala lagi. Nanti dah dapat keputusan muktamad aku bentangkan disini. Buat masa ni, kemungkinan besar aku akan update pada Isnin, Rabu dan Jumaat setiap minggu. Kalau takde, jangan kecewa, maknanya aku ni sebenarnya adalah hangat-hangat tahi ayam lah tu. 


Di sudut lain : 
-aku tulis banyak sangat guna koma (,) maaflah, kalau buat semak mata.
-aku taklah guna gadget canggih pun untuk bagi ulasan sebenarnya. macam aku kata tadi, tu minat aku. 
-maafkan bahasa inggeris aku yang tidak mengikut hukum alam tu. 
-buat peminat K-Drama, Big Bang dan juga Korea secara am nya, boleh la rejoice, we're on the same boat!