Wednesday, October 30

Kembali Menulis

827 hari lamanya aku meninggalkan blog ini sepi tanpa apa-apa post. Ianya taklah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap aku pun sebenarnya. Waima meninggalkan kesan kepada negara ataupun alam sejagat. Banyak faktor yang membuatkan aku mahu kembali menulis. Salah satunya baca buku2 keluaran Dubook Press baru baru ini, selain itu, faktor tidak bekerja dan hanya duduk di rumah juga adalah faktor terbesar membuatkan aku nak menulis kembali. Ceh, bunyinya macam ilmiah sangat tadi, siap ada faktor nak menulis. 

Aku baru habis belajar. Dalam erti kata lain baru grad 22 September yang lepas. Ijazah Teknologi Maklumat dalam Kejuruteraan Perisian dari UNIKL.  Tak payah la aku cerita kemelut aku bertarung nak habiskan degree, bekerja kontrak sementara di Pusat Zakat, ber interview di syarikat-syarikat besar namun hasilnya belum lagi kelihatan. Jadi, bila dah terlihat hasilnya nanti baru aku bercerita. 

Jadi, di Pilot Post untuk tahun 2013 ini, aku mahu menceritakan sedikit tentang perancangan aku terhadap penulisan blog ini, kemana arahya, apa tujuannya, apa yang aku nak tuliskan, jadual aku update (jika ada dan rajin) 

Jadi, blog ini secara keseluruhannya akan berkisar tentang aku lah. Obviously, dan juga untuk pengetahuan, aku takde kena mengena dengan OH!Bulan site gossip sana tu. Masa buat nama blog ni tak tahu pulak kewujudan blog gossip tu. Hish tercemar kesucian nama aku. Ok, itu gurau. 

Selain tu, aku juga bercadang/bercita-cita/berangan untuk secara tidak rasmi dan formalnya buat ulasan mengenai phone Apps/software/technology thingy (terhad kepada yang aku suka) yang ada sekarang ni selari dengan perkembangan dunia siber dan teknologi di dunia sejagat. Hamboih. Canggih kaaan. Kenapa? Sebab hey, it's a free world kan, sukaa... Ok takde lah, sebabnya, itu sahaja minat aku, main2 apps, software, dan melihat perkembangan gadjet dan sebagainya. Jadi, boleh lah nak expect pandangan tidak ilmiah, pengalaman serta ulasan tak mutakhir aku nanti. 

Dan juga, selain itu aku akan try to make it  up for this past few years punya post yang aku tak update. Sebab apa aku tak update blog, cerita-cerita yang dah jadi dalam hidup aku sepanjang dekat 3 tahun aku tak menulis ni, Yelah, orang lain tak kisah pasal tu, aku yang kisah. Jadi sebab tu aku nak menulis, at least, esok-esok panjang umur, murah rezeki, ada jodoh, ada anak, ada cucu, barulah diorang tahu asal-usul diorang. Takdelah lah diorang nak hanyut di telan arus kemajuan nanti bila tahu ancestors diorang dulu orang susah. 

Berkenaan dengan hari aku update post di sini adalah masih rawak dan masih dalam perbincangan dalam kepala lagi. Nanti dah dapat keputusan muktamad aku bentangkan disini. Buat masa ni, kemungkinan besar aku akan update pada Isnin, Rabu dan Jumaat setiap minggu. Kalau takde, jangan kecewa, maknanya aku ni sebenarnya adalah hangat-hangat tahi ayam lah tu. 


Di sudut lain : 
-aku tulis banyak sangat guna koma (,) maaflah, kalau buat semak mata.
-aku taklah guna gadget canggih pun untuk bagi ulasan sebenarnya. macam aku kata tadi, tu minat aku. 
-maafkan bahasa inggeris aku yang tidak mengikut hukum alam tu. 
-buat peminat K-Drama, Big Bang dan juga Korea secara am nya, boleh la rejoice, we're on the same boat!


No comments: