Thursday, January 27

Ragam Bukan Garam.

Pernah hadapi situasi dimana ko tanya kawan ko, 'Dah makan ke belum?' Tapi die nye mukadimah jawapan die berbunyi ;'Ha! ni yang aku nak cite kat ko ni. Ko nak tau tadi aku ni turun la konon2 nak makan, tapi tersempak plak dengan si polan tue yang orang kate die clash sebab boifren die tue takde keta, Ko tau, aku tengok..'(gune la imaginasi korang tuk teruskan cite nih). Kalau belum, dan bile dah dengar mukadimah die seperti yang di atas, cepat2 la buat alasan untuk beredar dari tempat kejadian dengan segera, sebab nye orang macam ni ada kemahiran bercerita yang superb, dia sendiri pun kadang-kadang tak sedar dia ada kebolehan tersebut. Akhirnya korang nye time nak lunch pon habis, dan jawapan kepada soalan dah makan ke belum tadi belum tentu terjawab, silap2 last sekali die kata 'rupenye aku terlupe aku puasa arini!' tak ke ko rase macam nak sepak manje je muka kawan ko tadi? 

Manusia ni, sangat unik dan pelbagai, (wah mukadimah da macam nak buat report Banci) Tak semua orang suka bile kita ni peramah sangat, tak semua orang tue sombong bile die tak menegur. Dia mungkin ada self esteem yang sangat rendah sampai die takde keyakinan langsung nak mulekan perbualan dengan orang lain. Tak semua orang bile kau tolong akan ingat apa yang kau tolong dan akan tolong kau balik. Tak semua orang suke bile kau kentut kuat-kuat. Tak semua orang nak mengaku yang die terkentut walaupun kau tahu die terkentut sebab kau dan die je ada dalam bilik tue dan agak mustahil kalau kau tak sedar yang kau terkentut.Tak semua orang akan ingat benda baik dan cantik kau pernah buat. Tak semua orang akan bercakap pasal budi yang ko dah tabur. Tapi semua orang akan bercakap pasal salah yang kau buat setiap kali diorang nampak kau, walau kau buat salah tu sekali je nak bandingkan dengan kebaikan yang kau lakukan manusia ini sikapnya suka becakap benda-benda yang busuk buruk dan memalukan. Bagi mereka drama itu rencah hidup. Tapi, tak semua manusia macam ni. Tak semua orang boleh makan budu cencalok dan tempoyak. Dan itulah yang membuatkan manusia itu unik dan menarik bagi pandangan aku. Satu kata-kata yang aku sangat jelas ingat dalam kepala aku adalah; 

                     People do not judge you by intention; they judge by what they see. 

Which i think there's some logic in it. Kalau orang nampak kau pegi night club orang akan cakap kau akan pergi untuk berhibur, sedangkan niat kau adalah untuk berjumpa kawan or housemate kau untuk amik kunci rumah yang kau lupa nak bawak mase keluar rumah tadi, kawan kau pulak buat part time  dekat kelab malam untuk menampung  yuran pengajian. So, nampak tak? Sungguh pun dari segi islam kita tidak boleh dan tak layak sama sekali untuk judge orang, hanya ALLAH saja yang boleh judge kita dan mengetahui segala apa yang kau niatkan dan apa yang kau rase. Berbalik kepada kata-kata kat atas tadi, aku rasa adalah tanggungjawab kita untuk mengelakkan dari orang berfikiran negatif terhadap kita, bak kate sorang akak yang aku sangat hormati ni, 

'Jangan buka ruang untuk orang bercakap buruk tentang kita, once kita buat benda tak baik tak semua orang paham cerita disebalik benda tue atau paham situasi awak pada mase tue,'

Which i think betul jugak, Macam yang aku kata kat atas tadi la, tak semua orang boleh fikir yang kau pergi kelab malam untuk amik kunci kat housemate kau kan. So, moralnya hati-hatilah dalam setiap perilaku dan tindakan korang, orang akan bercakap dan terus bercakap nak-nak kalau bercakap pasal hal orang lain, biar tak dapat makan kenyang pun, janji hati die puas kalo dapat cerita pasal si polan yang membuat onar tue. Bukan ape, peritnya adalah berganda bila orang yang bercakap pasal kau tue adalah lecturer kau dan die bercakap depan kau, dalam bahasa perli, di hapadan kelas di mana semua orang dalam kelas tue kenal kau. Dan bile kau keluar ada member yang memahami kau datang dekat kat ko dan tanya kau perasan tak yang madam cakap pasal kau. Kalau dah orang lain pun boleh perasan, ni pulak tuan punya badan kan, bak kate orang dulu-dulu sape makan cili die terasa pedas, walaupun aku tak makan cili mase tue, tapi hati aku tetap pedas bile dengar madam tue berkata-kata begitu. Tapi member aku tadi kate, aku tak leh nak salahkan die, itu apa yang die nampak, apa yang die rase, dan ape yang die simpulkan dari apa yang die nampak. So, die boleh kata yang tue je la. Yang die tak nampak, die tak tahu, dan tak boleh nak buat kesimpulan, so, ko telan je walau pahit die lebih pahit dari hempedu ayam.

Dan last sekali, tak semua orang sedar walaupun esok die ada presentation dan slide show die belom siap dan berusaha nak siapkan kerja itu. Dan orang itu adalah aku. Sekian.!


1 comment:

Anonymous said...

der. tetibe rasa ter "knock down"..hahaha

kdg2 takleh kot sgt nak pk ape org ckp n pk. kdg2 tu la fungsi kwn, kalo kwn tu salah, kita kena tegur. mksd aku si polan y sibuk dok kelebet tepi kain org tu.

mcm ayah ko ckp, kat unibersiti ni kalo nak hebat baik ngan lecturer, jd kalo lecturer dah terasa hati pndai2 la bwak diri masuk ofis lcturer. aku dulu masa final year lecturer dok canang kat kwn2 aku sbb tak jumpa dia discuss tesis. br la aku tau aku salah. sbb tu ms final sem aku gigih tiap2 minggu jumpa dia. hasil nya. taraaa... aku salah seorang dr 2 org pelajar dia y dpt A...tu pun siap org kecoh aku ada skandal ngan lecturer tu. gila kan? nak pk ckp org kdg2 ada batasnnya. kdg2, org tu y perlu ditegur sikapnya. bkn kita kan? kalo kita elak2 dia, smpai bila la dia nak berubah kn? kurg2 kita dg tegur.

btw, rasulullah s.a.w pun pnah ckp, kalo kita nak pk kata org, kita blh gila..


yang ikhlas

-org y ajak ko bukak restorang mskan melayu kat korea

- hahaha