Wednesday, March 3

kehidupan dan situasi

Situasi 1:

7-1 tidak mungkin akan jadi 6. Ia tetap menjadi kosong yang termaktub dalam kamus kehidupan aku. Ini sangat-sangat menganggu aku kebelakangan ini, dan ia masih menghantui.

Situasi 2 :

Oh! Mengapa rasanya berbeza? Mungkin kerana aku sudah imun dengan kedukaan ini sehinggakan muka yang membahagiakan tidak lagi bisa memberi impaknya dengan berkesan.

Situasi 3 :

Sepalat mana keadaannya, jika tak kau redah hari ini, esok mungkin telah terlambat dan kau pasti menyesalinya.

Situasi 4 :

Matematik yang paling susah = membahagikan masa! Pernah kau dapat jawapan yang tepat semasa membahagikan mereka? Jika ya, khabarkan segera pada aku.

Situasi 5 :

Perlawanan ini, permusuhan ini, perjuangan ini, mari kita lihat siapa yang menjuarainya!!


Semeriah mana pun situasinya, kehidupan yang di lalui tetap satu. Serumit mana pun situasi itu, penyelesaiannya juga hanya satu. Dan sebanyak manapun pilihan yang diberi, hanya SATU tempat memohon yang jarang-jarang diingati.

No comments: