Mari ke mari wahai sayang pujaan ku sepanjang zaman.
Nyanyikan padaku melodi yang lebih indah dari di taman-taman kebahagian.
Aku hampir mati kerana kehilangan arah dan jalan.
Dan dalam fikiranku, hanya kau yang kelihatan.
Segeralah kau hinggap ke mari supaya segera tamat segala penderitaan.
Tidak ku tahu sekuat mana lagi aku mampu bertahan.
Aku khuatir, andai kau tidak segera ke sini, aku sudah tidak kelihatan.
No comments:
Post a Comment