Assalamualaikum,huhu lama dah rasanya tak mengetuk keyboard ni dengan jari jemari ini.
tapi hari ni aku berkeputusan untuk mengetuknya kembali setelah lama dibiarkan usang(wakh...)anyway untuk post ni aku nak ceritakan pasal program bekas sudent skolah aku SMASKP yang di bwat pada 13-15 jun yang lalu.aku sebenarnya berasa bersalah kepada seseorang.kerana dia telah demand blog ini sejak dari dulu lagi,tetapi oleh kerana kekangan masa dan kekangan sikap aku yang malas untuk menaip membuatkan aku lambat mengupdate blog ini.kepada anda yang berkenaan aku mintak mahap bebanyak.u know who u r..huhuhu
here we go..
Day 1 13jun2008
Pengenalan
Night 1 to be exact,kitorang mule malam sebenarnya,supposely mule hari jumaat petang.tapi diorang ada kelas tambahan,so terus buat malam.that nite adalah acara memecahkan ais atau
lebih dikenali sebagai ice breaking walaupun memang tak gune ice walaupun seketul.huhu
disebabkan aku bukan lah fasilitator(aku pegang urusetia merangkap setiausaha sepenuhnya) jadi aku tak berapa paham apa yang derang buat.h/ever apa yang aku paham adalah adik2 ni kena bwat bunyi binatang yang tertulis kat fail diorang and fasi pun kena wat bunyi binatang yang diorang dah undi lebih awal,so maknanya kalo aku dapat Rusa,kna la buat bunyi rusa..ekh,rusa ada bunyi kah??takpe..abaikan. macam tue la caranya diorang nak cari fasi kumpulan masing2.hurmm bunyi macam riuh jer.hehehe
adik2 yang excited..ke atau derang excited amik gamba jer..
kelihatan fesi2 wanita sedang berbincang bagaimana nak buat bunyi binatang memasing..
Day 2 14jun2008kelihatan fesi2 wanita sedang berbincang bagaimana nak buat bunyi binatang memasing..
Pagi
Pagi tue dimulakan dengan ceramah dari Qobin(wah macam dah mesra jer ahaks.) a.k.a Muhamad Muqharabin walaubagaimanapun ia bermula agak lewat dan agak kelam kabut tapi terkawal,hurmm korang pk la sendiri huhu.bertuah rasanya dapat jumpa and kongsi pengalaman dengan orang yang sangat2 berpengalaman seperti die.kredit to Azrul,die yang kenal Qobin ni..hurm..memang best la ceramah die tue.walaupun ada segelintir adik2 ni yang asyik2 mengangguk sebab 'terlampau' paham @ mengantuk hehehe.
Tengahari-petang
petang tue ada 2 LDK yang aku tak tau nama penuhnya..sorry berlori2.aku sibuk sikit and buat2 sibuk banyak,hehehe amik gamba lah,nak pilih gamba nak buat slide show lah,lepas tu nak layan orang dari California tue lah,tak yah la aku sebutkan nama beliau,beliau ni spesies yang pemalu sikit,tak malu banyak(wakh mengutuk..) lepas tue aktiviti yang aku paling suke adalh sungai beracun,menda ni best sangat.camni ceritanya,adik2 ni di bahagikan kepada beberapa petak badminton yang disediakan didalam dewan tersebut,then berbekal kan 3 pasang selipar,dan dengan ahli seramai 6 orang diorang kena menyeberang kesebelah sana petak tersebut tanpa terjatuh dan tanpa kaki mereka tersentuh lantai dan semua mereka hendaklah sampai serentak.ha,bayangkanlah,tapi surprisingly mereka berjaya melakukanya,huhuh ada akak fesi tue siap tanya aku lagi macam mana nak setelkannya,tapi apa yang terdaya aku jawab cumalah tersenyum simpul,maknanya aku pun tak tau la.tapi memang best la adik2 tue.cayalah!!!
ni la hasil LDK mereka..
hurm..
apakah...
askar yang sedih..
adik ni cam berat je nak menanggalkan seliparnya..
fesi2 dan adik2 yang agak confuse pada petang tersebut
macam-macam cara dan gaya..
rasa2nya mereka ni lepas tak ekh..
Malam
malam tue pulak sepatutnya adalah ceramah 2,tapi disebabkan penceramah yang dijanjikan tidak dapat hadir,jadi di ganti dengan slot yang dinamakan Slot Hassan kenapa slot ini dinamakan sedemikan rupa adalah kerana Hassan Basri yang handle slot ini.sepatutnya dan aku rasa,slot nya buat benda lain,tapi aku pun tak bape paham.huhuhu jadi pada malam itu,slot itu lebih kurang bertujuan mencungkil bakat2 terendam adik2 ni dalam membuat bunga telur daripada straw minuman.haaa.aku bergurau,sebenarnya adalah untuk buat pelindung telur dari straw.then kita akan baling benda itu mengikut ketinggan yang ditetapkan,then tengok sape punya straw lagi hebat.syok gak la.tapi sadis sikit la sebab lepas tue diorang (fasi lelaki) kena kemaskan semula dewan,ye la..sume telur pecah pada malam tue sebenarnya,pemenang di tentukan dengan tahap ketinggian yang terbaik yang di capai oleh pelindung telur tersebut.
sempat juga jari mereka berposing..
moment of the truth..huhuhu...
makin lama makin tinggi...
penonton2 acara tersebut..
antara muke2 yang tak percaya dengan apa yang mereka saksikan..
makin lama makin tinggi...
penonton2 acara tersebut..
antara muke2 yang tak percaya dengan apa yang mereka saksikan..
Day 3 15jun2008
Pagi
huhuh.hari ni aku tak keluar dari bilik langsung untuk join slot yang derang buat,rugi sangat ni sume disebabkan oleh slide show tue lah,aku kena siapka nslide show untuk penutup.jadi aku pun tak bape paham camne derang main game tersebut tapi kalo tengok gamba macam syok je apa yang derang buat tue..
terseksa sungguh nampaknya mereka neh..
lalu bawah kerusi la...
Majlis penutup pun bermula lewat disebabkan kecelaruan fikiran semua orang pada hari tersebut bagaimanpun ia berjalan dengan lancar dan dengan suasana yang sedih huu yelah berpisah kan.bagi mengakhiri majlis itu semua peserta dan semua fasi telah bersalam-salaman dan bermaafan dan bernangis-nangisan.huhuhu...
beratur nak tunggu VIP fesi wanita..
fesi lelaki
antara tetamu vip and non vip..
ada nasyid lagi..
dan..kami pun berposing..batch 3 fesi wanita
muke2 batch 3 yang join..hurmm..Ada cerita di balik gambar ni..hehehe
sume skali...
1 comment:
aku rasa kurang selesa baca sume ni sebab :
1. rasa cam entry ni dipaksa-paksa...ke tu perasaan aku je...?
2. aku tak join HAHAHA.
3. aku nak tau apekah di sebalik gambar fasi batch 3 tu...kalo dah start mane bleh biar sparuh jalan...btul tak murid2?
4. rakaman suara merdu 'certain someone' tu jadi ke diperdengarkan kat orang ramai?
okeh sekian.
Post a Comment