Thursday, March 26

Minggu Tekanan Tertekan Menekan.


argh!!! tertekan lagi! (artwork credit to hardspirits @ devianart)

Baiklah, dah masuk minggu ke sepuluh maksudnya ada 4 minggu je lagi minggu kuliah kalau betul-betul ikut takwim lah kan. Dan selepas itu adalah minggu Peperiksaan pulak! kenapa minggu ini adalah seperti yang saya nyatakan diatas?

Tekanan : sebab semua pensyarah kitorang baru sedar yang sekarang ni dah masuk minggu ke 10. Dan diorang juga baru sedar yang diorang baru je buat 1 test, ada yang baru kasi satu assignment, ada tu yang belum buat satu test pun lagi walaupun dah minggu ke sepuluh. Bila keadaan ni timbul, mereka akan memberi kan assignment, projek dan test serta quiz secara pukal. Semalam bila dah di senarai ke semua tugas-tugas beserta kuiz serta test, keseluruhannya saya ada 2 assignment, 2 projek, dan 1 mindmap yang kena hantar setiap minggu(sebab tukar pensyarah, pensyarah lama tak mintak pun).semua perlu di siapkan sebelum minggu ke 13.sesiapa nak tolong buat?tak de kan?dah tau dah.oh ye tue belum test dan kuiz secara pukal pulak, ada lebih kurang 5 subjek lagi daripada 7 yang bakal ada test. maksudnya, tiap-tiap minggu sebelum minggu peperiksaan akan ada test dan kuiz.seronok kan jadi saya?hahaha.

Tertekan : sebab bila kita dah semangat dan janji nak buat assignment sama-sama orang tu buat hal! hdfghfd#@$%^#$@#% ni lah antara perkataan yang keluar dari mulut aku.(aku plak? sental~~)bayangkan lah, dah la datang lambat, bila sampai2 je, sebok bercakap ngan boifren kat telifon.(bukan sorang je, dua-dua satu group ada 3 orang) ok, aku sabar lagi.lepas dah habis bergayut dengan mase yang agak-agaknya boleh taip 3 page penuh tue, kitorang pun sambung berbincang.Lepas tue yang sorang tue boifren die telifon lagi sekali, sambung la semule bercakap, aku relax lagi, tinggal la kami berdua. lepas tue yang sorang ni plak sebuk "emm...boifren aku kate, kalo kita buat tajuk ni susah..blablablabla" then aku cakap, "okeh kalo camtue, ko tau ke nak buat cara yang die cakap tue?" "emm...tu lah...tapi kita kena cari buku..balablabla!" dalam hati aku *&^%$# for god sake! ni sape punya assignment? kita bukan nak hantar ari jumaat ke? sekarang da rabu malam. dalam mase yang singkat ni, mane kejadahnya nak cari buku camtu?(ni aku cakap dalam hati la, sebab ye ar..orang melayu kan terkenal dengan sifat sopan santun yang kadang-kadang memakan diri).dan akhirnya aku pon keluar dari bilik diorang sebab da pukul 1++ pagi beb! aku dah la kelas kul 8.30 nak bangun pun liat!dan akhirnya assignment tue tak berkesudahan, malam ni nak jumpe semula nak buat.tah la.hopefully everythings going well.

Menekan: Bila keadaan jadi macam tue, kita tak boleh nak berfikir secara waras kan. Dan ketika tuelah kita akan 'menekan' seseorang dan menyebabkan beliau pula 'tertekan'. Dan aku memang rasa aku agak kasar dari yang sepatutnya. Moody dan sebagainya yang menyebabkan orang meyampah. Salah aku kah? ye.Memang salah aku.Tapi tolong lah, korang(as if they're reading), kalau boleh jangan la lengah-lengahkan assignment ICIS kita tue, aku takut dowh.Dah la banyak tak cover lagi benda yang keluar final nih. course work kita ni 60%. Takkan nak harapkan finaltue je.Tolonglah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Tetapi apa yang aku boleh cakap sekarang semua terkawal. Thanx to my Chantek's yang sentiasa berada di sisi aku.huhuhu.macam kata Ellegarden :

"You know what
When nothing’s going right
It’s like a magic thing
I got the music playing loud in my head"
-Red Hot-

Lagu ni selalu membuat aku rasa less-burden .Thanks to my boys yang sentiasa membuatkan aku less-burden dan tak lupa juga kepada family, ustaz baha dan rakan-rakan terchenta (kak slim, farah, aishahZ,nadia,jah,munie,linda,P-na,kak asiah, and sesiapa yang penah anta sms dan segalanya!) yang senantiasa memberi sokongan!wakh(macam buat ucapan plak.)~~~~

//oh yeah.rosak sudah bahasa melayu aku yang berjaya di campur adukkan.tak mampu aku nak menahan bahasa yang lain yang beria-ia nak terkeluar tue.huhu.

Tuesday, March 24

Lagu Untuk Ku



Haks! Thanks to Yuna for rocking my borring little world by this song. This song actually hit me right on my head! thanks again babes.. U rock! go Yuna..go Indie..=) for more details, or info about her go to myspace and search for Yuna..go guys! support her! She's really 'a rare one of a kind'.

The Lyric

Yuna-Dan Sebenarnya

oh bulan jangan layan diriku lagi pabila,
air mata membasahi pipi dan
lagu2 di radio seolah2 memerli aku pabila,
kau bersama yg lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya
ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku

ku enggan berpura pura ku bahagia
ku enggan melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu telah menular dalam diri
pabila kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya ku rebah,
jatuh ke bumi di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku oh


Kegembiraan..YAYS!

Hahahaha.Entri kali ini adalah sebagai contrary kepada entri yang sebelumnya. Kerana apa? Sebab gambar yang saya nak upload tue dah ada bersama, saya dah tak tertinggal pendrive. Dan saya tak lagi tergelak sorang-sorang dalam makmal komputer apabila membaca blog nadia.Cuma, saya tergelak dengan kuat-kuat je kat dalam library ni. Sampai Hana yang tak tau kat mana saya berada boleh jumpa saya disebabkan terdengar hilaian tawa saya yang tidak termampu untuk di tahan lagi. Baiklah, cukup sudah sesi merapu. Mari kita terus kepada apa yang nak saya ceritakan. Pada Ahad yang lepas saya, Fuzieanna dan Raihatul telah pergi majlis perkahwinan abang kepada kawan saya iaitu Kak Asiah di Kelang. Majlis telah diadakan di Dewan Kolej Islam Selangor (KISAS) ada sesape tau? Tak pe, tak payah baitahu, saya dah tahu pun. Haha. Kami pergi dengan menaiki kereta Kancil yang kecil comel tapi berjasa milik Fuzieanna. Dan secara tak sengajanya beliau telah pun menjadi pemandu kami yang tak bertauliah.Tapi jangan risau, skill memandu beliau tak perlu diragui. Kerana kami selamat pergi dan selamat balik selepas itu selamat pula pergi ke Mid Valley dan saya selamat sampai ke hostel dan dia pula selamat sampai ke rumahnya malam tersebut dan beliau juga masih selamat sampai ke tempat kerja beliau pada pagi tadi. Tak percaya? sila sms beliau dengan segera, walaupun saya hampir pasti dia tidak akan membalas dengan kadar yang segera, tapi cubalah. Haha. Ape yang aku nak cerita tadi sebenarnya? Oh ye! Kenduri. Kami bertolak dari Kolej Kediaman Siswa lebih kurang jam12.30 dan tanpa kesesatan yang kritikal akhirnya kami sampai ke destinasi dalam jam 1.45 (lebih kurang la). Sampai sahaja kami tanpa melengahkan masa walau sesaat terus menuju ke meja buffet yang menghidangkan makanan dan memenuhi kehendak perut(perut ye,bukan kami yang nak sangat makan tau.) kami yang kebuluran sebab tak sarapan pun sebelum keluar( yelah bangun pun mase matahari dah tegak kat kepala bak kata mak aku, nak sarapan apenya).Haha.ape yang menariknya kenduri ni adlah abang kepada Kak Asiah adalah Marine Officer, jadi adalah adegan lalu bawah pedang semua tue.Jangan risau, saya dah tangkap gambar dah kepada sesiapa yang terlepas nak tengok hehe. Di bawah adalah gambar-gambar di sebelum sampai tempat kejadian dan gambar-gambar di tempat kejadian dan juga gambar yang tidak ada kena mengena dengan tempat kejadi apun ada. Haha

Lihatlah muka Atul yang agak tekanan kerana menahan karenah perutnya yang minta diisi(tengah tunggu kawan aku Sue pegi amik Afiq sebelum meneruskan perjalanan)

Muka yakin seorang pemandu yang juga sedang menahan kelaparan.Haha

tengok tue..dah ada bunga manggar..maknanya dah nak sampai..Yay!


disebabkan khusyu' makan kitorang tak amik pun gmbar makanan..dan mase tengah makan tuelah diumumkan ketibaan pengantin dan Marching Swordman(huhu tak tau panggil ape) tersebut.

yang ni dia dah lalu.lihatlah pedang itu!


mula-mula amik gamba ni pastu bila tengok semula baru perasan ramai pulak yang menepek kat tepi pentas tuh.huhu

ahaks!lihatlah swordman itu mengikut pengantin sampai ke pelamin! agak kelakar pun ada..bak kate MatSalleh coool...=)


ni?kena lah ada gambar dengan tuan rumah.kalo tak tak lengkap rasanya kunjungan ke sana. Apepun ni la kali kedua aku tengok kak Asiah pakai baju kurung.huhu

nak balik da.amik gamba pintu gerbang sekolah tu sebenarnya.Tapi KISAS adalah tempat yang sangat cantik!=)


ni?adalah angan-angan ku selepas dapat duit loan nanti.hahaha..kitorang g bersiar-siar kat Mid Valley selepas itu!hehehe

//penggunaan bahasa melayu saya yang makin kritikal.tak pe, sekurang-kurangnya saya mencuba.hehehe.Sesiapa tahu apa orang yang bawa pedang tu dipanggil??(YA ALLAH..soalan apekah itu.) maafkan juga kesalahan ejaan ya!=)

Monday, March 23

Di Kala Kebosanan

Yep tengah bosan-bosan tadi aku pun dengan sengajanya melayari laman-laman web mengikut kata hati aku. Lalu aku menaip nama ku 'KEMA' di Google toolbar dan ini lah hasilnya. Sangat kelakar.Hingga pecah perut aku ketawa!



Dan aku berbangga nama aku ada dalam carian Google tersebut. hahahahaha.masih tidak mampu untuk berhenti ketawa! Apepun, KEMA adalah Kansas Emergency Management Association misi diorang adalah" Kansas Emergency Management Association is a network of leaders dedicated to providing excellence in emergency management for Kansas". Nak tau lebih lanjut klik di sini. hahaha...adakah orang akan klik?

//Bahasa melayu saya semakin menakutkan!

Kekecewaan!

argh!!!kecewa...(artwork credit to hardspirits @ devianart)

Ye aku sangat kecewa. Niat asalnya nak post sesuatu beserta dengan gambar yang menarik. Lepas dah bukak semua yang di perlukan tiba-tiba.......pendrive pula tertinggal dekat makmal komputer tingkat 16. Ye baru lepas ada kelas dekat sana dari 8.30-10.30 tadi. Tu la, tadi cikgu tengah mengajar leka baca blog Nadia dan gelak macam orang gila sorang-sorang. Pastu sempat lagi main YM dengan Aishah. Ni semua ketulahan la nih. Huhuhu nasib baik kelas lepas tue kelas Sha. Dia SMS aku sat tadi kat pendrive aku ada kat dia. Dia habis kelas 12.30. Kejap lagi pegi jumpa die kat lobi. Pengajarannya pada hari ini adalah..'Jangan bukak blog Nadia semasa dalam makmal komputer'. Ye, saya akan belajar dari kesilapan saya. Sekian terima kasih.

//Saya sedang mempertingkatkan peggunaaan Bahasa Melayu saya. Jika terdapat kepelikan atau keganjilan jangan gentar dan risau. Semuanya biasa-biasa sahaja. Siapa tahu maksud pendrive dalam bahasa melayu?

Wednesday, March 11

bukan kecik hati...tapi....

penah tak rase excited gile nak buat sesuatu, pastue tetibe rase down coz something that inhibit that feeling???
susah kalo tanak kecik hati dalam hal camni...tu other people maybe ia bukan perkara besar..but for me..it's hurts..not so much, just enough to ruin my mood for that whole day or night..tak kisah la dah besar ke ape..i have got feeling ok!and it's up to me how do i want to feel.


and i almost shed my tears...i hate this part!

till then..

Tuesday, March 3

new.addiction new.interest new.passion new.things??

huhuhu just wanna share..aku sekarang sangat2 berkenan dengan backshot from kamera or dalam erti kate lain gambar yang di ambil dari belakang..atas sebab...ia misteri(kekononnya..) dan very the sangat unik!u can define anything and still its up to u..huhuhu ape aku cakap neh...nway tengokla antara backshot yang berjaya mengelabui mata saya ada yang amik sendiri!=)

my faveret back shot..di snap by my only lil bro..izwan

berjalan2 di petang hari..wakaka..

somehow.....i just like this pose..huhuu

sweet escape=)

gambar ni sangat nostalgik and tragik..serious rindu ngan derang...

gambar ni baru amik ari ahad aritu kawen kak ida..

okeh tue dulu lenkali ada lagi aku inform..till then,

*kema!!! bace buku!wat asemen!!!*(hati ku yang menjerit2)