Tuesday, March 24

Kegembiraan..YAYS!

Hahahaha.Entri kali ini adalah sebagai contrary kepada entri yang sebelumnya. Kerana apa? Sebab gambar yang saya nak upload tue dah ada bersama, saya dah tak tertinggal pendrive. Dan saya tak lagi tergelak sorang-sorang dalam makmal komputer apabila membaca blog nadia.Cuma, saya tergelak dengan kuat-kuat je kat dalam library ni. Sampai Hana yang tak tau kat mana saya berada boleh jumpa saya disebabkan terdengar hilaian tawa saya yang tidak termampu untuk di tahan lagi. Baiklah, cukup sudah sesi merapu. Mari kita terus kepada apa yang nak saya ceritakan. Pada Ahad yang lepas saya, Fuzieanna dan Raihatul telah pergi majlis perkahwinan abang kepada kawan saya iaitu Kak Asiah di Kelang. Majlis telah diadakan di Dewan Kolej Islam Selangor (KISAS) ada sesape tau? Tak pe, tak payah baitahu, saya dah tahu pun. Haha. Kami pergi dengan menaiki kereta Kancil yang kecil comel tapi berjasa milik Fuzieanna. Dan secara tak sengajanya beliau telah pun menjadi pemandu kami yang tak bertauliah.Tapi jangan risau, skill memandu beliau tak perlu diragui. Kerana kami selamat pergi dan selamat balik selepas itu selamat pula pergi ke Mid Valley dan saya selamat sampai ke hostel dan dia pula selamat sampai ke rumahnya malam tersebut dan beliau juga masih selamat sampai ke tempat kerja beliau pada pagi tadi. Tak percaya? sila sms beliau dengan segera, walaupun saya hampir pasti dia tidak akan membalas dengan kadar yang segera, tapi cubalah. Haha. Ape yang aku nak cerita tadi sebenarnya? Oh ye! Kenduri. Kami bertolak dari Kolej Kediaman Siswa lebih kurang jam12.30 dan tanpa kesesatan yang kritikal akhirnya kami sampai ke destinasi dalam jam 1.45 (lebih kurang la). Sampai sahaja kami tanpa melengahkan masa walau sesaat terus menuju ke meja buffet yang menghidangkan makanan dan memenuhi kehendak perut(perut ye,bukan kami yang nak sangat makan tau.) kami yang kebuluran sebab tak sarapan pun sebelum keluar( yelah bangun pun mase matahari dah tegak kat kepala bak kata mak aku, nak sarapan apenya).Haha.ape yang menariknya kenduri ni adlah abang kepada Kak Asiah adalah Marine Officer, jadi adalah adegan lalu bawah pedang semua tue.Jangan risau, saya dah tangkap gambar dah kepada sesiapa yang terlepas nak tengok hehe. Di bawah adalah gambar-gambar di sebelum sampai tempat kejadian dan gambar-gambar di tempat kejadian dan juga gambar yang tidak ada kena mengena dengan tempat kejadi apun ada. Haha

Lihatlah muka Atul yang agak tekanan kerana menahan karenah perutnya yang minta diisi(tengah tunggu kawan aku Sue pegi amik Afiq sebelum meneruskan perjalanan)

Muka yakin seorang pemandu yang juga sedang menahan kelaparan.Haha

tengok tue..dah ada bunga manggar..maknanya dah nak sampai..Yay!


disebabkan khusyu' makan kitorang tak amik pun gmbar makanan..dan mase tengah makan tuelah diumumkan ketibaan pengantin dan Marching Swordman(huhu tak tau panggil ape) tersebut.

yang ni dia dah lalu.lihatlah pedang itu!


mula-mula amik gamba ni pastu bila tengok semula baru perasan ramai pulak yang menepek kat tepi pentas tuh.huhu

ahaks!lihatlah swordman itu mengikut pengantin sampai ke pelamin! agak kelakar pun ada..bak kate MatSalleh coool...=)


ni?kena lah ada gambar dengan tuan rumah.kalo tak tak lengkap rasanya kunjungan ke sana. Apepun ni la kali kedua aku tengok kak Asiah pakai baju kurung.huhu

nak balik da.amik gamba pintu gerbang sekolah tu sebenarnya.Tapi KISAS adalah tempat yang sangat cantik!=)


ni?adalah angan-angan ku selepas dapat duit loan nanti.hahaha..kitorang g bersiar-siar kat Mid Valley selepas itu!hehehe

//penggunaan bahasa melayu saya yang makin kritikal.tak pe, sekurang-kurangnya saya mencuba.hehehe.Sesiapa tahu apa orang yang bawa pedang tu dipanggil??(YA ALLAH..soalan apekah itu.) maafkan juga kesalahan ejaan ya!=)

5 comments:

Anna Bakhtiar said...

wargh....cumel bangat pemandu tu...buleh kenal???heheh..
best3...rase nak jalan lagi ngan korang...cume wat kate aku yan kedekut..kema nangis je aku konfem dtg kat hostel dia...nanges kuar petrol..hahha..
see u soon makcik!!

cik hani said...

wahhhh..bestnye...jeles2.

huh.

norakmaratan said...

farah:hahahaha..ya...ee u soon too macek...

Filzahani:tu la og suh dtg sini tanak hahaha

kojah said...

crocs??haha

hurm kali ke-2 kak asiah pakai bj kurung??kali pertama bila??huhu

norakmaratan said...

hehehe kali ke 2 mase induction week tue yang sume wajib pakai baju kurung..ko ingat x??wakakaka