Ye aku sangat kecewa. Niat asalnya nak post sesuatu beserta dengan gambar yang menarik. Lepas dah bukak semua yang di perlukan tiba-tiba.......pendrive pula tertinggal dekat makmal komputer tingkat 16. Ye baru lepas ada kelas dekat sana dari 8.30-10.30 tadi. Tu la, tadi cikgu tengah mengajar leka baca blog Nadia dan gelak macam orang gila sorang-sorang. Pastu sempat lagi main YM dengan Aishah. Ni semua ketulahan la nih. Huhuhu nasib baik kelas lepas tue kelas Sha. Dia SMS aku sat tadi kat pendrive aku ada kat dia. Dia habis kelas 12.30. Kejap lagi pegi jumpa die kat lobi. Pengajarannya pada hari ini adalah..'Jangan bukak blog Nadia semasa dalam makmal komputer'. Ye, saya akan belajar dari kesilapan saya. Sekian terima kasih.
//Saya sedang mempertingkatkan peggunaaan Bahasa Melayu saya. Jika terdapat kepelikan atau keganjilan jangan gentar dan risau. Semuanya biasa-biasa sahaja. Siapa tahu maksud pendrive dalam bahasa melayu?
5 comments:
adakah blog Nadia tu sesuatu yang tidak baik? oh damn!
walala~~..
seb bek ko xkait kan aku sebagai kesalahan..lau x mau aku copy n paste yg ko kaco aku dulu..walala~~..
nadia: ya..ia sesuatu yang tidak baik when it comes to certain situation like in class or while ure having a serious talk. that is when ur blog turns to something bad..wakakakaka...but when in moody state ur blog becoming the cure...hehehehe..
aishah: sila take note bahawa ia juga adalah satu gangguan apabila anda membalas 'gangguan' saya terlebih dahulu. ia bukanlah gangguan sehinggalah orang yang mengganggu itu kembali diganggu oleh orang yang terganggu..adakah anda paham??(muke seperti pengetua yang nampak anak murid die nak ponteng sekolah sambil kedua-dua tangan di belakang).
weh aku rasa ruang komen ko kena spam aaar~ pehal de karekter cina atas nihhh, siap dok ulang HOTEL HOTEL HOTEL -- haha XD
huhuhu aku pun ase la weh..ksian aku.huhu
Post a Comment