Akal, hati, serta anggota badan aku tak berfungsi dengan seiring.
Akal waras aku menyatakan ; siapkan Business Plan!
Hati aku menjerit ; keluarkan apa yang sedang bermain dalam fikiran kau sekarang!
Tangan aku secara jelasnya mematuhi arahan hati aku.
Perut aku memulas menunggu masa untuk mengeluarkan hasil hadamannya dari pagi tadi.
Mata aku, mahu tak mahu terpaksa menghadap butiran kata-kata yang terhasil dari ketukan tangan aku ke papan kekunci di atas komputer ribaku.
Telinga aku sedang asyik mendengar dendangan Michael Buble menyampaikan balada indah Sway.
Mulutku gairah menjamah kuku.
Kepala ku ligat memerah segala apa yang terkandung di dalamnya supaya ia segera kering dan boleh di isi dengan perkara yang lebih menuntut untuk di fikir.
Lihat? banyak perkara perlu di nilai semula jika Business Plan ini tidak siap tepat pada tarikh tamatnya.
Jangan hanya salahkan aku!
No comments:
Post a Comment