Thursday, April 30

PENGUMUMAN PENTING.

fakers, wannabes, back stabbers, get a life u guys!


//dah tue je. tak leh lelebih, nak exam!

Tuesday, April 28

Benda-benda yang membuat aku tak senang duduk.

oh yeah! Biasalah nak exam ni macam-macam la datang dalam kepala aku ni. Akmar, pentingkan yang penting hati aku berkata. Tapi aku tak dengar. Buktinya, aku terjumpa sesuatu yang membuat aku terus tak senang duduk malam tadi. Malam tadi? Ye aku telah melanggar pantang larang orang exam (aku yang cipta pantang larang ni) iaitu aku melayari internet. Huuuuuuu nak cari installer I-tunes je sebenarnya, lepas tu, tangan aku ni laju je ke tampat lain. Dan aku terserempak la dengan ni:

This mean, more books, more choices, less price, less money (or not)? Wakhhhhh!!! Aku nak pergi! Cek poket ; "huh. kering kontang!" Macam mane ni? Dan ape yang membuat aku bertambah tak senang duduk adalah aku tak tahu kat mana diorang held this sale. Does anyone know where the place is? Somewhere around PJ i suppose? But most importantly does anyone know how to get there? Serius! aku nak pergi. Tanpa syak wasangka lagi. Biarlah tak dapat beli pun. Aku fikir nak curi je sebuah dua buku tue nanti hahaha.

//ada paper Calculus 1 esok, aku ingat ari Khamis, nasib baik Jah tengok kalendar and 29th April adalah esok bukan Khamis, Gile betul Kema ni! Hahaha doakan aku! Kema!!! 공부해요!!!

Sunday, April 26

Season Finale!


Ni color asal slip exam kitorang, nicee kan, aku suke. And obviously, all this subject will be the toturer of my brain this coming couple of weeks.

Hahah. Macam nak berakhir nya sesebuah series plak bila aku tulis macam tue. Hmm anyway kalo nak di pikirkan baru je kot aku masuk sini. Tup tup dah wrap dah sem 1. Anyway saje nak buat pemberitahuan maybe dalam 2 minggu ni aku tak update blog kot. Penah je sebelum ni sampai 3 bulan aku tak update blog ni dan aku tak bagitahu ape-ape kan. hahah kali ni aku nak bersopan sedikit. At least korang tahu kenapa aku dah lama tak update blog. Wish me the best of luck. Doakan supaya aku bersemangat untuk study. Huuuuuuuuuu start exam lewat pun tak best sebenarnya. Nanti semua orang balik aku tinggal sorang! huuuuuuuuuu.

//Bila hati dah bersedia menerima sesuatu yang baru, kita akan tahu. Huuuuuuuuu there's something that keep me smiling through all the 'pain' and 'torture' during this final. It's coming! not so soon but not that long after this month!=) Can't wait!

Saturday, April 25

KLIBF '09


Yayssss!!!! Akhir nya aku sempat jugak menjejakkan kaki ku ke sana. Walaupun dalam masa yang singkat tetapi aku puas kerana dapat semua buku yang ada dalam wishlist aku, walaupun tak semua, dan ada juga buku yang takde dalam wishlist tue dan aku tetap gak beli.huhuhu. Aku pegi ngan Jah dengan Ayu and Hana. Right after class Java kul 12.30 kitorang rushing ke sana. Bukannya apa, aku ada Final Exam mandarin kul 3.30 selamba je aku kan. Hahah. Kalo nak g weekend lak Jah dah declare weekend ni di 'ban' kan dari keluar sebab ari Isnin die ada paper. huuuuuu jadi terpakselah jugak pergi dalam masa yang singkat itu.
the journey begin!!!huhu gambar hana sekerat je masuk, Marah jah die tak pandai adjust Kamera
welcome to KLIBF '09!!..begitulah girangnya kanak2 dalam poster tersebut.
sampai2 je, terus snap picture kat main entance de. Hahah rase macam rombongan sekolah plak. Dah lama berhajat nak tangkap gambar kat sini sebenarnya.

back shot.cantik kan entrance de?huuuuu
gambar kat escalator edisi gedix. wakakaka

Pegi dalam masa yang singkat memang aku tak sempat dan tak puas nak rayau sume booth. Huuuuuuuu. Booth 1st dan barang 1st yang aku beli adalah dari booth MOY (ujang & apo komik) derang jual paper bag yang sangat menarik plus ada 2 komik free dalam tue pada harga RM 5 sahaja. Murah dan cantik, so ape lagi. Heheh.
the booth.
ni la paper bag yang digembar gemburkan haha.

Booth2 dalam dewan yang sama tue tak berapa menarik perhatian aku. Kitorang pun terus naik atas. Dekat booth yang ada Karangkraf dengan Creative and ape tah lagi. aku pun dengan pantasnya mencapai novel2 Ramlee Awang Murshid yang aku cari-cari selama ni. Pastue kat dewan yang sama aku jumpa gempak starz. I'm not a comic -person, tapi kalo aku layan yang gempak starz punya lawak seleb tue. karya Ben sume tuelah aku lupe lak siri ape. Mase kat sana derang offer RM 6 per comic. Heaven!! Tapi aku beli 2 je sebab yang lain da ada and dah lama. coz banyak dah abis kot. huhu.

kewl kan paper beg neh.
the free gift inside the paper bag.soo kewl!

Then rayau2 lagi, aku nak cari buku Dilema Melayu karya Tun Mahatir tue pulak. Serious aku terlupa nama publisher nya. Then rayau punya rayau aku ternampak booth tulis "Marshall Cavendish" dalam hati ku, 'emmm macam pernah nampak je benda ni..' aku pun masuk, rupanya, tue la publisher buku yang aku cari-cari selama ni. Huuuuuuuuuuu. Dengan gembiranya aku pun beli, ada discount 30% huuuuuuuuuu seronot2. Kalau beli kat MPH hari tu putih mata hitamku. Then lepas merayau macam orang tak Final Exam gamaknya, pukul 3 kitorang pun bergerak pulang. Pukul 4 aku masuk exam sebab tak solat Zuhur lagi time tue. Huuuuuuuuuuu. Nasib baik Sir tue ngam dengan aku.Heheheh.muka orang yang berpuas hati bershopping buku.
ole2 dari KLIBF aku belikan Zati monyet tue Jah kasi aku Book Clip tue ada cerita di baliknya,aku suh jah je cite dalam post de nanti huuuuuu.


at last. ni la keseluruhannya yang berjaya ku beli disana.
1.Free Gift
2.Mandatori by RAM
3.Trilogi (Hijab Sang Pencinta) by RAM
4.Mikhail by RAM
5. Go Go Cha Cha Street by Zint
6. Lawak Seleb by Keith & Zelo
7. Dilema Melayu by Tun Mahatir
8. Komik ujang (2pc)
9.Majalah Pc

ok that's it! Pada yang tak pegi lagi, g cepat esok abis, pada Nadia, aku tak sempot kot nak stroll satu2 booth untuk tengok buku2 yang best. ahaha sorry babe. Tapi, ada buku ke ko nak kirim? bitau la, esok aku leh g lagi kalo sempat. Ceapt tau.

Friday, April 24

freefare+mph+sushi+15sen+groceries+chanteq=BEST

Free Fare :
Sape kate tak de lagi benda yang free dalam dunia ni? Buktinya, haritu aku g Mid Valley naik Shuttle bus free jek! hahaha. Pada Ahad petang yang agak bosan suram dan muram yang lepas, aku dengan selamba nya membuat keputusan untuk menjejak kan kaki ke Mid Valley seorang diri. Sebabnya, lambat sangat bagi tau Farah, die dah kena hantar mak cik2 jiran tetangga die pergi kedai perabot. Jah balik umah. Atul pegi Pahang, jadi terkontang kanting lah aku seorang diri. Jadi dengan tekad dan semangat yang kuat aku pun meneruskan perjalanan aku ke LRT Bangsar. Sampai sana tunggu dalam 10 mins sampailah Shuttle bus yang aku ceritakan sebentar tadi. Seronok rasenye bile naik dan tak payah susah-susah nak sediakan change untuk bayar bus fare. Heeeeeeeeee.

MPH :
Dah lama gila tak masuk sini. Seriously, takut sebenarnya, 'terrrrrrrrrr' beli buku2 yang best2 kat situ. Haha. Sebenarnya aku lagi suka lepak dalam MPH tue lama-lama sambil rayau dalam tue, dan curi-curi baca buku yang tak mampu nak beli lagi. Hahah. Bila keluar dengan orang lain, segan lak nak buat macam tue, ye ah, derang pun mesti ada hal lain gak kan. Tajuknya keluar sama-sama. Jadi buat ape pun kena sama-sama lah! Jadi pada hari tersebut dapat jugak lah aku melepaskan hajat yang terpendam tue. Jadi aku pun wajib lah 'terrrrrrrrrrrrrrrrrr' beli satu, emm bleh kate Comic Strip gak kot, tapi de Ilustrated Biography of Tun Mahatir, on the budget harga buku tue, sebab tue aku tanpa lengah lagi membelinya. Dan lawatan kesana telah menyebabkan wish list buku aku bertambah huuuuuuu. Aku nak beli kat sana, tapi bila mengenangkan ada Book Fair kat PWTC samapai Ahad ni, aku pun matikan je hajat tue.


seriously! This book is verrrrrrrrryy interesting i wud suggest for those who think 'too much word is boring' type of reader.(apelah ayat aku tue)
Sushi :
Ape yang best jalan sorang-sorang, bile tibe time nak makan ko tak yah nak tanya pendapat orang. Bukan ape, bila kita tanya orang, kadang-kadang die kata.."ikut ko la, aku tak kisah je" jawapan ini adalah sangat klise di kalangan kawan-kawan aku yang aku pernah keluar dengan mereka.Heheh betul tak kawan2? jangan tipu haa.Aku pun selalu bagi jawapan yang sama bila ditanya soalan begitu. Jadi bila dengan diri sendiri, ko boleh buat keputusan dengan cepat dan boleh jugak ubah keputusan tue dengan cepat dan bila-bila masa korang suke. Petang tue kebetulan aku tengah layan cerita jepun Long Vacation. Tetiba teringat pulak dekat makanan popular negara Matahari terbit tue. Padahal dalam cerita tue mana ada diorang makan sushi pun huhuhu.
harga nya di 'blur' kan atas sebab-sebab yang tak tentu haha.


itadakimasss oishi ne!

15sen :
Terkilan! huhuhu. Sushi tue aku beli yang lambak punya(lambak?? korang paham kan?haha) Maksudnya ko boleh pilih ko nak sushi ape. Kalo dekat Jusco mesti ada nye. Pastue, aku g la kaunter bungkus and untuk pricing sushi ni. Aku pun nampak ada chopstick dalam bakul kat tepi tue. Aku ni memang suke simpan chopstick, so aku amik la 2. Pastu sampai2 bilik aku pun keluarkan satu-satu groceries yang aku beli ni. Aku pun amik chopstick tu, pastu baru la aku perasan chopstick tue pun ada harga rupanya! RM 0.15 . Terkejut aku, bukannya apa, ingatkan free. Memang nasib baik aku tak kaut 3,4 tadi, kalo tak tak pasal2 je. huhuhu.Anyway, betul gak. susah nak dapat benda free dalam dunia ni sekarang. Kalau kat Sushi King je kot chopstick die free. Haahah. Tah tak nah lak diorang charge aku, sebab tak nampak kot aku ambik.hahah.


anda nampak itu harganya??? ceh.

haks! suke gambar ni.

Groceries :
Hah! when it comes to shopping with my self, I'm a bit concern actually. Because i need someone to tell me whta to buy nad what not to. Hahah. Tapi pada hari tersebut aku berjaya jugak la melimitkan pembelian aku kepada apa yang benar-benar penting sahaja. Bukan apa, poket dah kering sebenarnya. Jadi baru lah ingat nak berjimat cermat. Haha.


Ahhhha! lihatlah, tak banyak kan, yang penting ada seaweed yang sedap tuh!아싸(a-ssa)!!

Chanteq :
Untuk memastikan aku tak bosan pada hari tersebut, aku telah ditemani oleh cik Chanteq kesayangan aku. hahah dengan adanya dia, aku tak lagi kebosanan! Huuuuuuuu..nak-nak fully charged plak. Tak yah risau la battery kong ke ape! Sebab tue aku rasa perjalanan aku lebih bermakna kot. Haha.

chanteq ku..kau tetap di hati!!! Shot yang aku se cam best! haha

This Made Me LOLZED Crazily!!

Korang tengok laaaaaaaaaaa....................wahahahahahahahaahahahahahahahaaha....a piece of mind i wud said. hahaha

Thursday, April 23

Aku Menyimpan Sesuatu

Benda ni jarang aku lakukan. Aku adalah seorang yang selalu bercerita ape-ape yang aku fikir dan rasa pada orang yang terdekat. Tapi kali ni aku tak buat macam tue. Mungkin sebab aku takut akan sentuh benda-benda yang aku tak nak sebut dan sentuh. Seriously, aku dah tak nak sebut dah pasal benda tue. Bukan rasa sakit or marah benci or kecewa. Tapi rasa terhina. Tau macam mana rasa terhina? Sakit die tak terkata. "Makan dalam" bak kata orang nih. Anyway aku ok je. Cume kadang-kadang bila dengan orang yang aku selalu bercerita apa-apa aku jadi berkira-kira untuk berkata. Sebab tue aku tulis dalam ni. Sebab tak mampu nak diluah kan secara verbal. Next week 29th April Exam aku start, pada korang yang baca tolong doakan kejayaan kita bersama.

//Macam tertekan jek bunyinye.Tapi tak pun.Hahah. Saja nak membebel kat sini.

Thursday, April 16

Birthday Ku yang di sambut sederhana .

Yays! akhirnya dapat curi masa nak melangsaikan hutang post ni. Huhu walau pun birthday ku dah lama berlalu. Tapi nak jugak verita haha. Emm sebenarnya hari ni 16.April Birthday

Ayunni Ahmad Danial. Happy Birthday Ayunni. Semoga dengan bertambahnya umur ko ia dapat juga menambah segala yang baik dalam hidup ko. I love you! mmuah!

Okeh get back to what this post is all about. On my last birthday my dear dear roommates had done a little cute surprise celebration for me! Wakh, a very cute and small indeed. Despite of their busyness plus a loads of tasks in this very final week we managed to have our own sweet memory to be cherished for eva! Diorang belanja KFC..plus makan kek yang diberi oleh Atul and roomate Atul , Fifi and Yana. Hahaha.. best2..walaupun aku ngan Jah je yang makan, Munie takde..g wat assignment=( tapi tak pe. Aku faham. Assignment first whatever it is. Huhu.. so here are the snap here and there that very night!

the cake~~~from Fifi and Yana

the meal~~~KFC

the 2nd cake~~~ From Atul


Beside that ade gak birthday notes yang aku dapat dari Zati plus birthday present dari Jah, dan dari diri aku sendiri.hahaha ada tak orang belikan birthday untuk diri sendiri?? Ada! akulah. Hoho.

birthday note1~~~ from zati

birthday note2~~~From Jah

the present~~~ from Jah(memang nyeyak tidur malam ku..huuu)

my very own cutest present from my self! hahaha

Hahah. sebenarnya aku ngan Jah ada buat janji ah. nak beli sandal Crocs kalau ada bajet lebih. So lepas kumpul duit dalam dua tiga bulan, akhirnya mencukupi lah jumlah yang tak seberapa tu untuk beli sandal crocs yang best tue..huhuhu...so, pada malam khamis tue, right afta class, dengan selambenya kitorang terus meneruskan perjalanan ke mid valley! hahah.. dan ni lah snap2 malam tersebut. So malam tue ade la gak some sort of little celebration for the second time jugak lah for my birthday.

ni? makanan kitorang malam tue....wakh~~ lapar.. aku makan yang belah kiri tue, jah makan spaghetti..serious! jah nye sedap!

itadakimass~~~~

The blissful Jah with her food

this is the part that i love the most bout my sandal! Thanx Jah, die yang pilih accessory ni.huuu


Jah's pair of Crocs, auummm!!!!!

model baru crocs..wakakaka..


wakh~~~look at that!hahaha

last but not least thanx to Nadia and Aishah for the birthday wish post! love u guys! mmmuah!(hit their name to view the post) aite. that's it for now. till then.

//sandal tue kan, ramai sgt yang cakap cute termasuk boifren Sal siap kata nak curi lagi. Hahah.. Thanks to Jah dengan adi yang kat crocs tue, diorang suggest soh letak bunge-bunge cinta tue.hahaha



Thursday, April 9

My 22th Birthday!(7.April.1987)

Dammit! tak sempat nak ucapkan happy birthday my dear self pun. huhuhu disebabkan terlampau seboks dan tak sempat langsung nak on line. Anyway,



hahah. Harini birthday Siti Fatimah binti Atan jugak sebenarnya! Hehehe. Happy Birthday siti.sayang ko!kepada sesiapa yang wish and all. Thanks a lot! banyak nak diceritakan, but in short time ni couldn't make it lah! nanti aku sambung semula, ada lab Java 11.30 neh. okeh da.

//i love me and so what??hehehehe

Monday, April 6

gambar yang cantik sebab di edit dan bukan sebab orang dalam gambar tu cantik.

The title speaks for it self huh! =)

forever favorite!

smart!


in the Levi's store in K.K


girang! haks!

in the 'fitting' room hah!

tersalah tarikh tue huhu

makhluk tuhan paling sabar! yang belah kanan tue..

huhu bila nak kawen ni!


//semua di edit guna PhotoScape. guna apa?malas nk cite satu2.hahah.

Berbagai Rencah

HandPhone:

Haha.Tak hilang sebenarnya, tertinggal kat restoran vietnam tue.Dah agak sebenarnya, cuma bila aku call diorang tak angkat. Bila aku call ayah, nak bagitahu handphone hilang die terus tanya "hah! ko dah ambil hand phone ko belum? handphone ko tertinggal kat kedai yang ko makan semalam tue" huhuh. Mase ayah aku call baru la die nak angkat. Kesian Farah, hari khamis lepas datang balik amik aku nak g ambil handphone tue. Haha terus aku blanje die Sushi King makanan yang menyihatkan bak kata Farah tue. Huhu.

Balik Kampunng & Farah:

Weekend lepas aku ngan farah balik kampung, hahaha first time Farah bawak keta jejauh. Oh ye, hand phone aku tertinggal lagi sekali kat keta die lepas sie anta aku kat asrama petang semalam. huhu malam tadi die datang pulak hantar. Rase bersalah aku kat die Allah je la yang tau. Huhuhu. tangan die terkehel katanye. Kesian plak, ye ar. Bawak keta jejauh. yang co-pilot sorang ni bukan boleh di harap pun untuk ganti. huhuh. Seronok!Lega! bila dah jumpa mak ngan sume family aku. Seriously tertekan minggu lepas, minggu ni pun tak kurang. Kenapa la minggu akhir sebelum final ni menyesakkan fikiran dan jiwa raga semua orang. Ingat nak pegi
jeram tengkek. Tapi tak sempat, kitorang pegi Bahau je. Huhuhu Bahau yang kak long aku banggakan bak kata farah. Ye jugak, kat Kuala Pilah jarang orang kampung aku pegi. Bosan, kosong, lame dan tak de apa2. Bak kata k.long aku Pilah tue memang pekan orang tua-tua je. huhuhu. Tapi berjasa jugak la Kuala Pilah tue, kalau tak de die susah la nak sampai ke Seremban dengan lajunya. Huhuhu. Oh ye cerita pasal Seremban haritu balik kampung kitorang tak ikut jalan bukit putus, ikut jalan Tampin. Kul 12 lebih jugak la sampai umah aku, yela kitorang bertolak pukul 7++ diesebabkan kelewatan aku bersiap seperti biasa. Lepas tue singgah Bangi solat semua then baru la teruskan perjalanan. Siap tersalah masuk tol lagi. Hahah. tapi tak kesah, kitorang adalah manusia paling relax bab ngabiskan minyak kereta neh. Hahaha. Tapi balik semalam kitorang ikut Bukit Putus, setelah diberi semangat oleh kakak serta abang aku dan berbekalkan kecekalan yang menebal dalam diri Farah dia telah memberani kan diri untuk ikut Bukit Putus. Wakaka. sampai jugak kitorang akhirnya semalam dengan selamatnya.Alhamdulillah. Dan lepas tue berlakulah insiden aku tertinggal handphone tue. Tak perlulah diceritakan. Cuma pengajarannya adalah : jangan guna handphone mahal-mahal kalau nak handphone anda dikembalikan jika ia hilang dan tercicir. Huhu. Kalau handphone mahal dan canggih aku percaya dengan yakin agak susah untuk orang yang terjumpa dengan handphone anda tue untuk memulangkannya kembali huhu.

Apa yang aku fikir, rasa,tahu dan alami:

Jangan fikir korang akan faham sesuatu dengan sepenuhnya jika korang baru dengar dan lihat apa yang korang tau tu. Kalau korang tak rasa apa yang korang rasa korang faham tue jangan sesekali kata korang faham apa yang berlaku dan faham segalanya. Hakikatnya sesuatu perkara tue adalah lebih rumit dan kompleks dari apa yang korang fikirkan. Semua orang ada kehidupan sendiri, masalah sendiri ada konflik sendiri. Hanya dia dan Allah je yang tahu apa yang dia hadapi. Selagi korang boleh dan ada daya nak tolong seseorang tolong lah die sedaya mungkin. Kita tak tahu nasib kita nanti macam mana. Family first! Selalu ingat tue. Hargai kawan-kawan ape pun yang die buat kat kita die tetap kawan kita. Berterima kasih lah selalu kepada kawan-kawan yang layan kita lebih dari yang sepatutnya. Berkawan lah dan jalinkan lah hubungan dengan ikhlas dan tanpa mengharap apa-apa. Jangan nilai orang dari apa yang korang nampak dari luarannya sahaja. Mengenali dia pun belum tentu korang memahami dia. Aku baru je tahu sikap sorang kawan yang aku dah lama kenal. Dia adalah seorang yang sangat lembut dan mudah tersentuh hatinya unlike tindakan atau kelakuan die yang agak ganas. huhu. Dia juga baru aku tahu adalah seorang yang pendiam jika tak kena tempat dan masenye. Sebab bila dengan aku, die nak berceritaaaaaaaaaaaaaaaaaa je! hahahahah. Tapi aku suka dengar! Jadi, hargai kawan anda! Hargai perhubungan yang anda ada sekarang! Jalinkan hubungan dengan ikhlas, aku kecewa sebenarnya, tak banyak la, sekelumit pun kurang lagi kot, dengan seseorang yang rasenya aku dah lama tahu die tak ikhlas berkawan dengan aku, tapi disebabkab ada sesuatu kebaikan pada die, die teruskan jugak perhubungan ini. Tapi tak kisahlah. Aku mugkin silap menafsir apa niat die. Apa-apa pun kita layan je~~~~


//malas nak letak gambar.baca je la.biar kelabu mata tue.oh ye maafkan kesalahan ejaan ku yang agak kronik yang aku yakini ada walaupun dah cek da sebelum post entri ni.huhu

Wednesday, April 1

Handphone hilang?tertinggal?salah letak?

model yang pegang i-phone tu pun belum tentu ada i-phone kan kan kan..

Ketulahan la nih. Ari ni ada Test malam tadi sempat pulak merayau-rayau kat Midvalley sambil cuba makanan Vietnam yang tak sedap tapi sihat tue. Ada la beli barang keperluan. Tapi disebabkan tah ape2 pukul 10++ jugak la aku sampai bilik. Mane sempat nak study, review je huuuu. Dah bace, tapi tak ingat ape2. Nak bace, tapi tak boleh bukak mate. Nak buat macam mane? Dah cuba sedaya upaya(tipu). Tapi boleh jawap  la tadi(tipu lagi) sebab die MCQ dgn true/false. Jadi boleh la tanda je ikut suka hati.

Baiklah, itu bukan ceritanya. Lepas mandi semua malam tadi nak anta sms dekat abang ipar aku(sebabnya tak payah la tau). Cari-cari handphine tak jumpa. Suruh munie call. Ada bunyi caller ringtone aku, tapi tak de orang angkat. Cuba-cuba dengar ringtone pun tak  dengar jugak. Ok, mungkin hilang, tertinggal kat restoran vietnam tue, atau tertinggal dalam kereta Farah. Dah suruh die sms munie pagi tadi ada atau tak. Mungkin dia lupa kot. Tak pe lah. Sekarag susah sikit la. Tapi bile fikir-fikir semula senang hati  jugak beli tak de handphone kat tangan, tak yah nak belek2. Kalau ada sms tak payah nak reply.hahahah. Tapi aku takut family je call. Oh ye. Tak bagi tahu diorang lagi. kejap lagi la. Ada kelas sepatutnya 2.30 lepas tulis ni baru masuk. Anak murid derhaka,macam ni la. hahahah. Jadi kalau saya tak angkat call or tak reply sms faham-faham lah ye. Sekian.

//nasib baik tak pakai i-phones idaman kalbu. tapi sayang la dekat simkad tue. janagn risau, kalau hilang aku akan guna nombor yang sama kot!