HandPhone:
Haha.Tak hilang sebenarnya, tertinggal kat restoran vietnam tue.Dah agak sebenarnya, cuma bila aku call diorang tak angkat. Bila aku call ayah, nak bagitahu handphone hilang die terus tanya "hah! ko dah ambil hand phone ko belum? handphone ko tertinggal kat kedai yang ko makan semalam tue" huhuh. Mase ayah aku call baru la die nak angkat. Kesian Farah, hari khamis lepas datang balik amik aku nak g ambil handphone tue. Haha terus aku blanje die Sushi King makanan yang menyihatkan bak kata Farah tue. Huhu.
Balik Kampunng & Farah:
Weekend lepas aku ngan farah balik kampung, hahaha first time Farah bawak keta jejauh. Oh ye, hand phone aku tertinggal lagi sekali kat keta die lepas sie anta aku kat asrama petang semalam. huhu malam tadi die datang pulak hantar. Rase bersalah aku kat die Allah je la yang tau. Huhuhu. tangan die terkehel katanye. Kesian plak, ye ar. Bawak keta jejauh. yang co-pilot sorang ni bukan boleh di harap pun untuk ganti. huhuh. Seronok!Lega! bila dah jumpa mak ngan sume family aku. Seriously tertekan minggu lepas, minggu ni pun tak kurang. Kenapa la minggu akhir sebelum final ni menyesakkan fikiran dan jiwa raga semua orang. Ingat nak pegi
jeram tengkek. Tapi tak sempat, kitorang pegi Bahau je. Huhuhu Bahau yang kak long aku banggakan bak kata farah. Ye jugak, kat Kuala Pilah jarang orang kampung aku pegi. Bosan, kosong, lame dan tak de apa2. Bak kata k.long aku Pilah tue memang pekan orang tua-tua je. huhuhu. Tapi berjasa jugak la Kuala Pilah tue, kalau tak de die susah la nak sampai ke Seremban dengan lajunya. Huhuhu. Oh ye cerita pasal Seremban haritu balik kampung kitorang tak ikut jalan bukit putus, ikut jalan Tampin. Kul 12 lebih jugak la sampai umah aku, yela kitorang bertolak pukul 7++ diesebabkan kelewatan aku bersiap seperti biasa. Lepas tue singgah Bangi solat semua then baru la teruskan perjalanan. Siap tersalah masuk tol lagi. Hahah. tapi tak kesah, kitorang adalah manusia paling relax bab ngabiskan minyak kereta neh. Hahaha. Tapi balik semalam kitorang ikut Bukit Putus, setelah diberi semangat oleh kakak serta abang aku dan berbekalkan kecekalan yang menebal dalam diri Farah dia telah memberani kan diri untuk ikut Bukit Putus. Wakaka. sampai jugak kitorang akhirnya semalam dengan selamatnya.Alhamdulillah. Dan lepas tue berlakulah insiden aku tertinggal handphone tue. Tak perlulah diceritakan. Cuma pengajarannya adalah : jangan guna handphone mahal-mahal kalau nak handphone anda dikembalikan jika ia hilang dan tercicir. Huhu. Kalau handphone mahal dan canggih aku percaya dengan yakin agak susah untuk orang yang terjumpa dengan handphone anda tue untuk memulangkannya kembali huhu.
Apa yang aku fikir, rasa,tahu dan alami:
Jangan fikir korang akan faham sesuatu dengan sepenuhnya jika korang baru dengar dan lihat apa yang korang tau tu. Kalau korang tak rasa apa yang korang rasa korang faham tue jangan sesekali kata korang faham apa yang berlaku dan faham segalanya. Hakikatnya sesuatu perkara tue adalah lebih rumit dan kompleks dari apa yang korang fikirkan. Semua orang ada kehidupan sendiri, masalah sendiri ada konflik sendiri. Hanya dia dan Allah je yang tahu apa yang dia hadapi. Selagi korang boleh dan ada daya nak tolong seseorang tolong lah die sedaya mungkin. Kita tak tahu nasib kita nanti macam mana. Family first! Selalu ingat tue. Hargai kawan-kawan ape pun yang die buat kat kita die tetap kawan kita. Berterima kasih lah selalu kepada kawan-kawan yang layan kita lebih dari yang sepatutnya. Berkawan lah dan jalinkan lah hubungan dengan ikhlas dan tanpa mengharap apa-apa. Jangan nilai orang dari apa yang korang nampak dari luarannya sahaja. Mengenali dia pun belum tentu korang memahami dia. Aku baru je tahu sikap sorang kawan yang aku dah lama kenal. Dia adalah seorang yang sangat lembut dan mudah tersentuh hatinya unlike tindakan atau kelakuan die yang agak ganas. huhu. Dia juga baru aku tahu adalah seorang yang pendiam jika tak kena tempat dan masenye. Sebab bila dengan aku, die nak berceritaaaaaaaaaaaaaaaaaa je! hahahahah. Tapi aku suka dengar! Jadi, hargai kawan anda! Hargai perhubungan yang anda ada sekarang! Jalinkan hubungan dengan ikhlas, aku kecewa sebenarnya, tak banyak la, sekelumit pun kurang lagi kot, dengan seseorang yang rasenya aku dah lama tahu die tak ikhlas berkawan dengan aku, tapi disebabkab ada sesuatu kebaikan pada die, die teruskan jugak perhubungan ini. Tapi tak kisahlah. Aku mugkin silap menafsir apa niat die. Apa-apa pun kita layan je~~~~
//malas nak letak gambar.baca je la.biar kelabu mata tue.oh ye maafkan kesalahan ejaan ku yang agak kronik yang aku yakini ada walaupun dah cek da sebelum post entri ni.huhu
4 comments:
ko nyer typo adalah kebahagiaan mata aku lolz XD
ko nyer masalah tinggal tepon ni agak kronik sebenarnya ya? sila berhati-hati~
dan yep, sila hargai kawan-kawan anda! =3
hahah..sengal ko nadia..memang pon aku ni ada syndrom kot! syndrom typo dan tertinggal hp huuuuuuuuuuuuuuu aku kena berubat!
ye..hargai kwn2 kite..walaupun dia pnah wat salah, tak semesti nye dia salah..sebab kite juga salah kerana kite adalah yang menyalahkannya..sedangkan kekurangan tu sebenarnya datang dari kite..
heheh..nasihat untuk aku ni..bukan untuk ko..jgn perasan..hehe
wargh...sape tu si sgtlembut dan pemalu tu? bak kata mak ko, champion la!!! gehehhehehe...
bile nak mkn tomyam??
nadia, i luv u la...eheh
ade kena mengena ke?
ko memang suke comment yang takde kena mengena ngan post! sekeh kang!
Post a Comment