Hubungan kami mula menampakkan akar yang kukuh bila berakhirnya hubungan aku dan seseorang yang juga pernah menjadi sebahagian dari hidupnya.Kompleks, ya, sangat kompleks sejarah persahabatan kami. Tapi itu semua sudah lapuk di bawa angin kus kus yang bertiup jauh ke negeri di bawah bayu. Apa yang penting sekarang. Hubungan kami pernah di cemari virus-virus cemburu dan parasit-parasit salah faham. Tetapi kerana dia banyak bersabar, segala anasir jahat itu hancur menjadi debu lalu berterbangan bersama-sama burung rajawali yang jarang-jarang turun ke bumi.
Walau di pisah oleh geografi, aku tetap mengetahui apa yang di laluinya dari hari ke hari. Begitu juga dia. Dan terima kasih yang tak terhingga aku kepada Alexender Grahambell kerana mencipta teknologi yang membolehkan kami berkongsi kisah manis, masam, suram, dan kusam. Dan mungkin pada hari ini bakal lahir seseorang seperti dia dan menjadi sebahagian dari hidup orang lain pula. Aku tak tahu percaturan dunia. Tetapi ia tidak mustahil. Aku tujukan cerita ini buat kau. Semoga segala apa yang kita sama-sama harapkan, serta impikan menjadi kenyataan. Semoga dengan bertambahnya umur kau, bertambah matang juga usia persahabatan kita. Dan kau itu adalah Nur Filzah Hani Muhammad. Ah, mungkin kau sudah tahu itu! Selamat Ulang Tahun!
3 comments:
first, hehehe.
terima kasih tak terhingga...aku terharu~
mungkin aku xleh balas ape ko buat ni..sebab terlampau istimewa.
hehe.sayang ko sangat.
p/s:ayat die bestttt...aku suke.aku suke.
aku xleh lawan ayat itu~
nak setuju; ayat best wehhh!!
ko sure ke ko bukan patut amek aliran Sastera? :D
nak kena lawan buat ayat best gak aa nihhh >:D
alah, mainan kata, sesiapa boleh merekanya. =)
anda juga lebih kreatif dari saya.
Post a Comment