Sejahterakah kau sekarang? Sungguh aku mahu tahu! Persahabatan kita mungkin tak seutuh isi dan kuku, mahupun segagah aur dan tebing. Tapi itu bukan alasan mengekang aku dari bimbang tentang keadaan kau. Kerana? Ya, mungkin kau kawan aku. Jadi, aku perlu ambil tahu, perlu ambil kisah, dan perlu peduli. Tapi, alasan aku lebih besar dari itu. Sebab kau yang aku kenal tidak seperti mana yang kau luahkan itu. Tapi, aku mengerti memahami, mendalami yang manusia itu jika tak mengalami situasi seperti itu, hidup mereka adalah sehelai kertas putih yang apabila di tenung lama bakal memualkan. Maksudnya, hidup kita tak membosankan! *sep*
Aku tak mengenali kau sedalam mana. Tapi, kau yang aku kenali setakat ini nampak sukar di gugah dalam apa jua keadaan dan situasi. Ini bukan omongan sifar. Jika kau rasa apa yang aku repekan ini menambahkan beban, berhenti di sini. Dan kau juga pasti jelas mengapa aku menulis di sini. Kerana bimbangkan kau, kerana kasihkan kau.
Aku pasti dari melihat tajuk tulisan ini, kau yakin ia khas buat kau. Walau aku tidak di sana mendengar ratap tangis kau, tidak juga kita pernah berbual mesra melepaskan segala yang menghimpit dada, tak bermakna aku tidak ambil pusing. Seperti kata kau, hanya DIA yang bisa membantu. Disaat semua memekakkan telinga, mebutakan mata, mengeraskan hati dari mendengar luahan kita, yakinlah dengan yakin yang kukuh dan kejab, DIA mengetahui dengan lebih arif apa yang kau lalui tanpa kau luahkannya.
Hanya cara ini sahaja dapat memujuk aku hati aku dari terlau risau tentang kau. Kebelakangan ini, aku lihat kau terhibur dengan mainan kata aku. Kerana itu yang ini khas buat kau. Walau ia tidak seindah tulisan agung, dan mungkin juga ia tak langsung memberi sezarah kesan dalam hidup kau. Aku masih berpuas hati.
No comments:
Post a Comment